Musim-musim pemilihan dalam arena politik UMNO dan tidak terkecuali juga harakah Islamiyyah PAS. Penulis adalah bukanlah antara penjawat utama dalam organisasi parti, bukan pemain utama tetapi sekadar pemerhati yang baik sahaja.
Semalam ditempat penulis diadakan acara sambutan Maulidur Rasul, dimana penulis adalah sebagai pemain utama gerakan NGO ini. Di kesempatan itu penulis dengan usaha rakan-rakan menjemput YB ust Taib Azamuddin Taib , bekas Imam Masjid Negara.
Atas kesempatan bersama dengan YB Ust Taib Azamuddin yang menginfakkan dirinya menjelajah ke Pahang selama 2 hari 2 malam. Penulis kagum dengan usaha gigih beliau membawa misi visi dakwah bersama harakah Islamiyyah dokongannya PAS. Penulis dapat berbual panjang, walaupun inilah pertama kali perkenalan penulis dengan beliau, tetapi macam dah lama. Maka banyaklah yang kami perbincangkan, bualkan, dan muhasabahkan tidak terkecuali dengan manusia-manusia yang mendokong harakah islamiyyah di Malaysia ini PAS. Dari sudut perjuangan PAS tidak menjadi masalah , ia adalah wadah yang menyalurkan usaha-usaha atau platform Islam di Malaysia secara tersusun. Insyallah
Justeru dalam mencari organisasi tersusun dan melalui proses peringkat menyusunlah maka banyaklah perkara-perkara yang mencalarkan. Penulis ingin mengembalikan masalah 'kegawatan' menyusun organisasi di tempat penulis rupa-rupanya sama sahaja dengan situasi di Baling. Jika di Baling ada Mudeliar, Kitul dan nama-nama lain, maka ditempat penulis pun turut ada.
Kejutan dan rasa terkejut penulis berhadapan situasi ini amat mengusarkan hati, kerana selama hari ini penulis beranggapan ia indah, baik sempurna. Tetapi bilamana dipujuk oleh YB Ust Taib, mehnanh, tribulasi ini adalah asam garam perjuangan, katanya hatta nabi sendiri atas sifatnya nabi, maksum, dijanjikan ALLah dengan syurga turut teruji dan diuji, apa lah kita yang bukan nabi, bukan siapa-siapa ni... maka saya lega dan redha..Hidup Islam !!!!

No comments:
Post a Comment