Sunday, March 15, 2009

Gigih sungguh mu Nik !!!

Penulis, melayari Blog MSO dan menjumpai sisipan berita ini. Maknanya kita amat terkejut dengan kejutan gambar ini. Dan kejutan lain tetap ada, ini kerana kebetulan Nik Nur Madihah Nik Ismail daripada Kg Parang Punting Pengkalan Chepa ini cemerlang, maka terpaparlah berita dan maklumat tentangnya.

Sekilas pandang, patutnya wakil rakyat Parlimen dan DUN yang terbabit perlu perihatin. Minta diusahakan secara bersungguh-sungguh. Pegawai Daerah Jajahan minta jangan terlepas pandang PPRT wajar diberi, jangan terlalu banyak birokrasi. Pihak PAS juga wajar turun padang.. ramailah semacam, keluarga Nik yang tidak terpapar ke pengetahuan kita.



HATI Murai sungguh tersentuh apabila melihat keadaan rumah pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang terletak di Kampung Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Apakah ianya boleh digelar rumah ataupun reban? Lama Murai menatap gambar berkenaan di akhbar Utusan Malaysia, dan cuba membayangkan. Air mata Murai menitis satu demi satu dan hati diulik hiba dan sebak memanjang. Murai menangis.

Mungkin Murai agak emosi dalam hal ini. Murai cuba membayangkan jauh ke dalam dalam rumah berkenaan. Melihat bagaimana tempat tidur, balai dan juga dapur. Bagaimana dalam keadaan rumah sebegitu rupa Nik Nur Madihah belajar dan boleh membawa kejayaan cemerlang pula?

No comments: