Wednesday, March 04, 2009

Belajar Tangani Krisis secara berhemah ?

Krisis Perak uji sistem pemerintahan negara

BERIKUTAN kemelut politik Perak, pendirian Pakatan rakyat (PR) ialah mengusulkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan. Hujah kita kuat sebab keadaan sekarang tidak terkawal, tidak ada kedudukan yang sah kerana ada percubaan untuk merampas kuasa dan kita cuba pertahankan.

Kemelut di Perak juga sebagai satu ujian kepada kewibawaan dan ketelusan sistem pemerintahan kita tentang tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan. Adakah mereka itu menjadi orang suruhan dan alat UMNO ataupun mereka yang ikut peraturan yang sah.

Seluruh institusi sedang diperhatikan, ada tiga tunjang yang ada iaitu badan kehakiman, perundangan dan eksekutif. Selama ini ada kesefahaman berdasarkan tunjang yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara dan semua ini dirombak semata-mata untuk memperkuatkan kedudukan satu pihak.

Oleh yang demikian, kita ingin menggesa pimpinan UMNO dan BN untuk bertindak lebih rasional. Jangan mereka fikir mereka boleh guna kuasa seperti mana kuasa rakus pemuda UMNO cuba menyerang Karpal Singh dan begitu juga cara lain berselindung untuk menyulitkan keadaan di perak.

Kedua, hari ini (semalam), saya serahkan surat kepada semua Ahli Lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana setelah saya cuba melalui laporan polis dan BPR sebelumnya dan sekarang SPRM...saya tengok ada kelewatan, entah disengajakan atau kerana takut kerana nama-nama yang disebutkan di situ ialah Peguam Negara dan Ketua Polis Negara. Apakah mereka ini mengatasi undang-undang sehingga tidak boleh disiasat.

Saya pertahankan ini sebab itu saya sengaja hebahkan dokumen laporan ini kepada media termasuk juga laporan kedua pemeriksaan kesihatan kerana itu jelas membuktikan ada penipuan percubaan untuk memalsukan kenyataan dan ini tidak dimasukkan dalam laporan Suruhanjaya Diraja.

Laporan ini saya peroleh daripada BPR (SPRM) semasa saya memberikan keterangan di pejabat BPR. Kalau ada keterangan dan fakta begini pun ada keengganan pihak SPRM untuk ambil tindakan, maka saya bimbang kredibiliti SPRM akan terus terjejas.

Kebetulan Perdana Menteri dah umum nama ahli lembaga jadi saya cubalah kalau ahli lembaga buat penilaian bahkan saya bercadang untuk menulis kepada semua kepada ahli-ahli panel yang berkaitan termasuk panel Parlimen.



Soalan: Datuk Seri hantar kepada Ahli Lembaga SPRM supaya satu tindakan segara akan diambil?

Untuk meneliti kes ini, bagaimana untuk membuktikan perkara ini berdasarkan bahan bukti dan dokumen sebelum ini. Mungkin SPRM boleh kata mereka perlu lebih masa tapi mungkin juga disebabkan melibatkan Ketua Polis dan Ketua Hakim negara.



Soalan: Sebelum ini belum pernah hantar laporan ini kepada SPRM?

Mereka ada laporan ini dan saya dapat laporan ini daripada mereka, tapi sekarang mereka cakap mereka tak ada laporan ini, tidak pastilah atau mungkin merasakan kes ini tidak penting dan kena tumpukan kepada isu lembu.



Soalan: Adakah laporan ini turut dihantar kepada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan?

Ya...kita lihat Datuk Seri Ahmad Said buat beberapa kenyataan dan pandangan yang tidak memberangsangkan. Saya tidak tahu apa dia nak kata dan respons tapi umum boleh lihat ketua suruhanjaya itu bersuara seolah-olahlah seperti ahli politik sebelum ini.



Soalan: Berkenaan isu Perak, sidang tergempar meluluskan usul untuk bubar DUN Perak yang diadakan di tempat letak kereta, adakah itu sah?

Apa lagi yang boleh dilakukan, sekarang Setiausaha Dewan (Abdullah Antong Sabri) itu mengatasi kuasa Speaker...saya nak tanya speaker Dewan Rakyat Parlimen, adakah Setiausaha Dewan boleh mengatasi keputusan beliau.

Itu lah sebabnya saya kata, ini adalah ujian kepada sistem pemerintahan negara kerana speaker telah dilantik dengan sah dan speaker mempunyai kuasa yang diyakini.

Mereka (BN) tidak mahu pilihan raya, tidak mahu sidang DUN, apa mereka mahu? Mereka hanya mahu mendesak dan menindas dengan segala kuasa yang mereka ada.



Soalan: Adakah sidang tersebut sah?

Seperti yang kita lihat, ianya sah, sidang terbabit mempunyai agenda, Speaker telah memberi notis, dan mereka pula yang terpaksa berbuat kerana diusir secara tidak sah.

Siapa yang boleh halang seorang Speaker masuk ke pejabatnya? Siapa? Anda beritahu.

Ok, mereka kata, status Datuk Seri Nizar boleh dipersoalkan kerana dalam Perak terdapat dua orang MB, kita ada MB sendiri dan mereka pun Ada MB mereka sendiri, tetapi siapa yang boleh mempersoalkan status speaker? Kenapa halang speaker dari memasuki premisnya? Boleh, mungkin kalau di negara ini...



Soa:lan:: :Dua ahli UMNO telah cuba untuk menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO untuk menyelesaikan masalah rasuah UMNO, komen Datuk Seri?

Pemimpin UMNO telah diketahui penah dengan rasuah, ramai dah perkatakan tentang rasuah UMNO ini tetapi tiada sebarang siasatan dijalankan. Tetapi keputusan masih ditetapkan oleh pemimpin UMNO yang korap, sama ada mahu menangguhkan atau tidak kerana itu keputusan parti.

No comments: