Friday, January 02, 2009

Calon PAS bagi P36 PIlihanraya Kecil Kuala Terengganu

Kejutan PAS, letak ADUN Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu
CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah untuk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

No comments: