Thursday, January 08, 2009

Angkasa dan Pak Ungku Aziz

Ungku Aziz letak jawatan YDP Angkasa
Jan 8, 09 11:43am

Prof Diraja Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam setelah menerajui badan itu selama lebih 30
tahun.

Pengumuman mengenai peletakan jawatan itu dimaklumkan beliau melalui satu kenyataan ringkasnya di Kuala Lumpur hari ini.

ungku aziz universiti malayaDalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP dalam persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini, lapor Bernama.

Semalam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Yidris Abdullah meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini.

Yidris dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan

mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari tahun lalu.

Angkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira-kira RM47 bilion.

Lima dakwaan

Pada 23 Disember lalu, Utusan melaporkan bahawa Ungku Aziz kecewa atas kegagalan pihak polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyiapkan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkasa.

Beliau dilaporkan memberitahu satu sidang akhbar bahawa laporan kepada polis dan SKM telah dibuatnya pada 23 Oktober serta 18 November lalu, mengenai dakwaan penyelewengan tersebut, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

Menurutnya, Dakwaan penyelewengan kewangan itu melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam proses kelulusan pinjaman serta pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa kerana ia melibatkan wang hampir RM20 juta sehari.

Ungku Aziz dilaporkan berkata, siasatan itu akan dapat membersihkan nama dan maruah beliau sekaligus menjaga kepentingan ahli serta Angkasa.

Beliau juga mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci ke atas dakwaan konspirasi Hotel Concorde iaitu dakwaan percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai YDP seperti dalam laporan penyelewengan yang dikemukakannya pada 23 Oktober lalu itu.

Lima perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut ialah:

bullet button Dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan YDP Angkasa;

bullet button Penggantungan jawatan Pengurus Umum Angkasa secara tidak adil;

bullet button Penstrukturan semula dua bahagian di Angkasa yang tidak betul.

bullet button Dakwaan pengurangan tanggungjawab Pengurus Kewangan dan penggantian Pengerusi Jawatankuasa Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA); serta

bullet button Pengwujudan jawatan baru iaitu Pemangku Pengurus BPA yang sebelum ini tidak wujud.

No comments: