Sunday, November 30, 2008

PRK Parlimen Kuala Terengganu ?

KEMAATIAN Dato Razali Ismail Timbalan Menteri Pelajaran, beliau adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Dalam Pilihanraya Umum ke 12, Beliau memenangi kerusi tersebut setelah mengalahkan calon PAS Hj Mohammad Sabu.

Sebenarnya Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu banyak benda yang boleh diperbahaskan. Pertama ia berlaku selepas peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib. Selain itu, juga selepas 5 buah negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR). Pilihanraya selepas kenaikkan harga minyak mendadak dan turunnya pula secara mengesot dan kemut. Seterusnya, selepas ketuanan Melayu, Kepimpinan Melayu, Islam Makin Terpinggir dan seribu seratus.



Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata satu mesyuarat parti akan diadakan Rabu depan bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Muhammad, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan secara terperinci persediaan Umno bagi pilihan raya itu ekoran kematian mengejut ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Razali Ismail ketika bermain badminton di Genting Highlands petang semalam.

Pada pilihan raya umum lepas Mac 2008, Razali berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya sebelum itu pada 2004, dengan mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu, dengan majoriti 628 undi.

Pertandingan itu merupakan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

2 comments:

Cenangau said...

Mat Sabu harus diberi ruang untuk aktif kembali di Parlimen.

Sapa yg setuju jom ramai² kia lobi untuk Bang Mat jadi calon PR di Kuala Terengganu

Syed .Z said...

AKU SUKA BETUL PRK-PRK CAMNI, SURE BULAN DEPAN MINYAK TURUN LAGI BANYAK JADI 1.50 SELITER KE CUN GAK.. HAHAHA