Tuesday, November 25, 2008

NASIB ANUGERAH MERDEKA?

ANUGERAH MERDEKA...


ABDULLAH Ahmad Badawi bergambar bersama penerima Anugerah Merdeka (tiga dari kiri) Leslie Davidson, Dr. Salleh Mohd. Nor (mewakili MNS), Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, C.T Tan dan Khalid Kadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut di Dewan Filharmonik Petronas KLCC malam tadi.
Turut sama Presiden Petronas, Mohd. Hassan Marican (kanan sekali), Pengerusi Shell Malaysia, Saw Choo Boon (kiri sekali) dan Pengerusi ExxonMobil Malaysia, Liam M. Mallon.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi menyampaikan Anugerah Merdeka kepada individu dan organisasi yang memberi sumbangan cemerlang kepada negara dalam bidang masing-masing.

Para penerima terdiri daripada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bagi kategori Pendidikan dan Komuniti; Persatuan Pencinta Alam Malaysia atau MNS (Alam Sekitar), Pasukan Penyelidik Virus Nipah daripada Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Profesor Datuk Dr. Khalid Kadir (penerima bersama kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi) serta Datuk Leslie Davidson (Sumbangan Ulung Kepada Rakyat Malaysia).

Mereka adalah kumpulan pertama penerima anugerah berprestij itu yang dilancarkan sempena 50 tahun kemerdekaan negara atas inisiatif bersama Petronas, ExxonMobil dan Shell.

No comments: