Pak Lah mengaku dia hebat dan akui juga dia tak hebat. Tempoh hebat dia adalah antara 2004-2008. Selepas ni dia nak kaji dan nak kembalikan kehebatannya.
Petunjuk di atas adalah mudahlah , disifirkan menunjukkan sebenarnya lakonan lurus, tulusnya pada mula nampak dan rakayat yakin dan mempercayainya. Namun sebaliknya, adalah palsu, rakyat rasa ditipu dan tertipu, justeru sebab itulah rakyat terus mengubah dan mengalih pilihanan meraka. Tambahan tindakan-tindakan tidak popular seperti yang sering dibuat.
Tindakan menaikkan minyak , menyusahkan semua orang memang jenis pemimpin dungu dan wajar kita tukar.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas menyimpan pelbagai rahmat apabila berjaya mendidik Barisan Nasional (BN) untuk tabah menerima erti kegagalan dan kekecewaan dalam usaha murni berjuang untuk rakyat.Perdana Menteri berkata keputusan yang menyaksikan kemerosotan BN itu bukanlah satu tragedi yang perlu diratapi selama-lamanya dan sebaliknya semua pihak dan parti komponen BN perlu bangkit mulai sekarang untuk memperkukuhkan perjuangan dan usaha mendekati rakyat."Apa yang berlaku, telah pun berlaku. Apa yang penting ialah reaksi kita selepas itu dan apa yang patut kita lakukan selepas itu."Kalau kita tidak sedia melihat perkara ini sebagai satu pengajaran, maka tentulah apa yang akan berlaku kepada kita ialah kesusahan yang berpanjangan... Ini adalah perasaan dan sikap saya sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Yang turut hadir pada perhimpunan sehari itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu serta 3,300 anggota perwakilan termasuk ketua cawangan MIC dari seluruh negara.
Abdullah berkata, beliau memahami perasaan banyak pihak berikutan kemerosotan prestasi BN pada pilihan raya itu sehingga ada yang menyifatkannya sebagai satu kegagalan hingga menimbulkan perasaan "dukacita yang amat sangat"."Perlu diakui dan saya berpendapat, apapun yang merupakan kesusahan, apapun yang merupakan kegagalan dan apapun yang merupakan dukacita yang amat sangat bagi kita, anggaplah ini sebagai satu pengajaran... ini bukan satu tragedi tetapi pengajaran yang memeritkan," katanya.Sehubungan itu, Abdullah berkata, semua pihak mesti bersedia melihat apa yang berlaku sebagai satu pengajaran yang tidak akan dilupakan dan ada rahmat serta kebaikan di sebalik setiap perkara yang berlaku.Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Dewan Tertinggi BN baru-baru ini telah menyediakan satu pelan bagi membolehkan pakatan parti komponenan BN itu gagah semula dan bangkit menyusun usaha membantu rakyat.Sehubungan itu, Abdullah berharap MIC akan menjadi parti yang lebih baik dan kukuh pada masa akan datang."Bagi BN dan parti komponennya yang lain, khususnya Umno, akan tetap bersama MIC pada setiap masa dan memberikan sokongan kepada parti ini," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment