Thursday, June 19, 2008

Sanglang jangan jadi 'tembelang' !!!!!

SPR dan mahkamah atau bidang kehakiman yang prereform jadi alasan kebanggaan ezam m noor bekas ahli PKR dengan kerajaan Pak Lah, buat hal lagi. Kali ini kerusi Dun Sanglang Perlis dikosongkan gara-gara salah 'pengumuman' pada 8 Mac 2008 lalu pada PRU 12 dimana sepatutnya kerusi tersebut daripada PAS menang dengan majoriti 47 undi kepada PAS kalah kepada UMNO dengan 149 undi.


Bagi kita yang tidak arif dengan perundangan dan bidang kuasa kehakiman, atas alasan apa kerusi DUN Sanglang dikosongkan adalah menyusahkan. Padahal mengikut maklumat bukti undi boleh diperolehi melalui kesahihah dan keesahan Borang 14 dalam akta pilihanraya 1955. Sandaran bukti bukan bukti melalui agen undi PAS, tetapi adalah maklumat rasmi daripada ketua tempat mengundi bagi unit peti undi atau saluran yang tidak 'dikira' atau 'dimanipulasi' angka oleh SPR PAS menang 49 undi kepada kalah 149 undi.

Jika pengumuman salah, kenapa tidak diperbetulkan, apapun bila berlaku tidakpuashati, pilihanraya kecil diadakan, maka banyaklah wang rakyat dibazirkan lagi. Ini adalah gara-gara kecuaian salah umum itu tadi.

Hakim dan mahkamah sememanglah kita tahu, ikut dan patuh dengan apa-apa yang dilembagakan. Bagi hakim yang mahu patuhlah..tahniah serta terima kasihlah....

Sepatutnya hakim kena berkira perkara yang mudah, maka kerajaan jadi lebih dipermudahkan. Namun jika ada tangan-tangan memayahkan dan berlaku campurtangan 'tiadalah yang dapat dibanggakan oleh ezam dengan pre-reform bidang kehakiman oleh kerajaan pak Lah. Maka nampaklah tembelang kerajaan dan UMNo .

No comments: