Antara bahasa rayuan perayu undi para petugas PAS yang sering kali digunapakai bilamana merayu undi samada situasinya semasa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Bila bertemu pengundi samada lelaki atau wanita muda tua tua ayat inilah yang dilontarkan. Iaitu ‘Tolong beri kami peluang sekali ini, tengok dulu jika gagal tukar semula dengan kerajaan ada’.
Kebiasaan pengundi melayu akan menjawab insyallah. Maknanya doa kita selama hari ini dengan 7 atau 8 kali pilihanraya selama lebih 30 tahun termakbul .
Nah kali ini rakyat memberi kepada pakatan 5 buah negeri untuk mereka urus tadbirkan. Dan teringat penulis lagi , antara hujahan bilaman pengundi mengaju dengan pelbagai persoalan memintakan kepastian itu dan ini. Petugas atau perayu undi kita akan menjawab bahwa jika berlaku apa-apa yang tidak memuaskan hati pengundi, maka boleh alih semula sokongan atau undi kembali kepada kerajaan asal iaitu BN.
Justeru gurauan ’nakal’ dan ’kasar’ Mohammad Sabu semasa dipentas ceramah yang menuntut rakyat khasnya orang-orang Melayu amnya sudah mereka tunaikan walaupun tunaian itu tidaklah secara total.
Kini, rakyat sedang memerhatikan kita, wakli rakyat kita, pimpinan kita. Sejauhamanakah kata-kata kita mahu dikotakan. Adakah kita ini telus dan dapat berlaku adil. Namun kita tidak ketahuan lagi kerana kerajaan kita masih terlalu awal dan ’mentah’ lagi.
Hasrat Sdr Mohammad Sabu yang ingin dan mahukan Dewan pemuda sebagai ’penegur’ yang berkesan juga adalah wajar, tetapi jangan sampai keterlaluan dan merebahkan ’sahabat’ yang ditegur. Niat dan mahu letakkan peranan DPPP sebagai penegur dalaman parti itu adalah baik sekali.
Kemudian teringat janji-janji Mohd Yusuf Hussin , Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah yang mengingatkan dirinya dan orang lain agar tidak meninggalkan Bukit Uhud , adalah satu signal yang cukup bermakna.
Dan MP daripada Jerai Kedah sudah memberi ingatan juga agar pemimpin 5 buah negeri pakatan rakyat (PR) ini perlu hindarkan diri dari kegiatan ’gila kuasa’.
Ingatan-ingatan ini cukup baik, justeru kata Tn Guru Menteri Besar .apakah benda yang boleh mengawal perasaan nak..nak ini yang mari daripada dalam diri manusia. Satu-satu benda yang boleh kawal adalah agama. Umpama kata beliau nak makan.. bila kita berpuasa, bolehlah...makan tetapi kita ingat manusia tidak nampak tetapi Allah nampak. Samalah juga bila kita terkentut batal air sembahyang, kalu kita nak sembahnyang boleh..manusia lain mana tahu tetapi agama kta batal dan Allah nampak.
Justeru dalam hal ini, minta pimpinan kita dilindungi Allah dan kita berjaya hendaknya. Macamlah sahabat kita di Turki, insayallah.
No comments:
Post a Comment