Friday, May 30, 2008

Kepimpian PKR teruskan perjuangan


Dr. M: 'Saya keluar, dia masuk'... Kata-kata Tun Dr M mengulas kemasukan Ezam dalam UMNO. Kita mengucapkan selamat jalan dan selamatkan UMNo kepada Ezam, pemuda bertokoh sanjungan oleh pemerhati dan pemuja-pemuja tokoh terhadap beliau. Berbanding antara kedua mereka Ezam dan Dr M tentulah tidak setara dan setanding. Tetapi oleh kerana beliau duduk bawah ketiak Anwar maka setidak-tidak dia dapat mempergunakan politiknya macam dia cakap politik itu sering diperguna dan mempergunakan.
Justeru setidak-tidak dia dikenali dalam politik sebab dia pernah bawah ketiak Anwar, begitulah juga dengan kumpulannya. Maknanya dia naik kerana media memperkenalkan dia sebagai bekas orang kanan Anwar. Kalu iku bakat ramai lagi jauh lebih berbakat, ramai lagi lebih tegas, ramai lagi lebih berkepimpinan. yang Najib jumpa baru ini kumpulan MPPP bincang kes Auku pun hebat-hebat juga. jadi moralnya kita jangan mudah terpesona....
Kita kena Berjuang jangan takut pada risiko... teruskan Keadilan
KUALA LUMPUR: "Saya keluar, dia masuk. Baguslah dia sayang Umno."Demikian reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengulas ringkas kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam Umno kelmarin.Ezam telah keluar Umno selepas Dr. Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998.


Ezam menyerahkan borang menyertai semula Umno kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin.Dr. Mahathir yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mei lalu menyatakan demikian pada majlis pameran BookFest@Malaysia di sini, semalam.
Sementara itu, di bawah tulisan bertajuk Umno yang bukan lagi Umno dalam blognya, Dr. Mahathir berkata, sikap dan layanan terhadap diri beliau selepas meletakkan jawatan lima tahun lalu jelas menunjukkan bahawa sebenarnya beliau bukan sahaja dlihat sebagai seorang yang bukan ahli Umno tetapi juga dianggap sebagai musuh Umno.
"Justeru, keluarnya saya daripada Umno hanya “merasmikan” kedudukan saya sebagai bukan ahli Umno," katanya.Tambah beliau, apa yang berlaku sejak 2003 tidak menjadi sebab beliau keluar daripada Umno minggu lalu. "Sebab saya keluar ialah kerana kepimpinan Umno sudah membawa parti keramat ini dan kerajaan pimpinan Umno keluar dari landasan asal perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Parti Umno tunduk kepada negara-negara asing terutama Singapura. Umno juga tunduk kepada tuntutan puak ekstremis kaum dalam negeri," katanya.
BN dan Umno kehilangan pengaruh di kalangan pengundi, termasuk ahli dan penyokong kuat Umno sehingga kalah dalam pilihan raya umum ke-12.Katanya, pemimpin-pemimpin Umno membiarkan negeri-negeri yang tidak pernah dikuasai oleh parti lawan jatuh ke tangan parti lawan – termasuk Kedah
."Umno dan BN tidak menang dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat, Umno tidak lagi dihormati oleh Raja-raja Melayu dan bermacam-macam lagi."Saya sedih kerana terpaksa keluar daripada parti yang dikenali sebagai Umno tetapi sebenarnya sudah tidak lagi Umno," katanya.
Dalam kecaman berterusan, tambah beliau: "Arah tuju Umno ditentukan oleh pemimpin tertingginya. Apa yang berlaku kepada Umno mesti dipertanggungjawabkan kepadanya."Katanya lagi, beliau percaya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja telah merosakkan Umno yang sebenar tetapi akan terus menghancurkannya."Dan, saya percaya ahli dan pemimpin Umno yang lain tidak berani membetulkan Umno maka saya terpaksa keluar daripada parti ini," katanya.

No comments: