Thursday, April 17, 2008

Sibuknya UMNo sekarang ?

UMNO ,ahli-ahli UMNO dan pimpinanUMNO tidak habis-habis menyerang , mengecam habis-habisan Pak Lah secara tersurat , sebalik cara tersirat menuju bulat terang terhadap Khairy Jamaluddin (KJ) menantu Pak lah dan Naib Ketua Pemuda UMNo Malaysia. Maka daripada gambaran di atas buruklah Pak Lah , hunalah KJ tidak terhingga buruknya, malangnya juga tidak terkira malang, parahnya separah BN UMno kehilangan kuasa pemerintahan di 5 negeri berKDNK tinggi.

Namun sebalik itu, rahmat pula buat Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen PAS PKR dan DAP Meraka wajar berterima kasih kepada Pak lah & KJ selepasnya dan kepada Illahi terdahuluinya. Kewujudan dan kehadiran Pak Lah & KJ dalam kancah politik negara sebenar-benarnya menjadi pemangkin kepada kejatuhan 'dinasti UMNo' yang satu masa dulu ibarat beruang hitam besar yang sukar ditumbangkan.

Kita berasa kesian kepada Pak Lah & KJ kerana beliau berada disaat UMNo sudah reput dan merundum. Walaupun Pak Lah bermenantukan KJ adalah seorang budak pintar kerana memiliki kepintaran luarbiasa serta cukup berani dalam mencatur dan membuat pecaturan politik negara. Ini belum cukup, macamlah satu ketika dahulu Majalah Time mengatakan Tengku razeligh adalah seorang bakal PM menunggu yang pintar, segala perencanaan, strategi yang disusuatur tidak kena dan tidak menjadi. Sebaliknya menjadi tembelang dan busuk.

Itulah kurangnya sifat manusia, serba kekurangan dan serba terbatas, justeru itulah lebihnya perancangan Allah dia menghendaki barang mana-mana kuasa yang dikehendaki naik dan mana-mana kuasa jatuh.

Semalam Dato Nan Yaakob selaku MT UMNO yang juga sebagai MB Pahang dengan 'lantang' dan berani mengulas tentang kejelekan pimpinan UMNo. Beliau bercakap bahawa beliau malu dan jelek dengan perangai 'busuk' pimpinan UMno yang asyik bercakaran sibuk berebut tidak berhenti-henti atau penat mahukan jawatan parti pada pemilihan ini. Sebaliknya kata beliau cukuplah, usahalah dan fokuslah ke arah bagi memperkuatkan parti.Terimalah kekalahan BN UMNo dan perkuatkan UMno itu sendiri.

Sekarang masing-masing pemimpin ada agenda tersurat dan tersirat. Pimpinan UMNo yang kalah, cara kalah. Dan yang menang cara menangnya. Yang sibuknya hok menang lah. Seolah-olah itulah yang kita nampak, maka benarlah Mohd Taib negara berada dalam kucar-kacir bila UMno kalah. Bukannya Pakatan barisan Rakyat yang mengkucar-kacirkan negara.

Dalam kesibukan UMno kucar-kacir, gabungan peniaga terus menekan dengan menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya rakyatlah yang perolehi deritanya.



No comments: