Kita rakyat Malaysia sentiasa taat dan patuh dengan undang-undang. Semua rakyat mesti ditegaskan dengan hal ini. Di bawah prinsip-prinsip Rukun Negara kita diajar menghafal, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara sejak dari bangku sekolah lagi. Asas ini dan impak jangan ada yang cuba mengganggu gugat prinsip-prinsip ini. satu daripada prinsip yang minta rakyat pertahankan adalah prinsip yang ke empat Rukun Negara dinyatakan adalah menjaga mempertahankan kedaulatan undang-undang. Perkara ini jelas difahami oleh semua rakyat Malaysia.
Bilamana sampai kepada tahap pengamalan atau perlaksanaan rukun negara ini. Pelbagai amalan sonsang diamalkan , hatta oleh penguatkuasa institusi kedaulatan undang-undang itu sendiri. Terbaru adalah kes kes Black 14 yang mana Anwar serta para penyokong Keadialan Rakyat PKR dinafi dan dihalang oleh pihak polis daripada dijalankan.
tan Sri khalid selaku ahli PKR juga merupakan MB Selangor yang berkuasa dan bertaraf VVIP atas nisbah dunia hari ini, tidak dilayan dan diberi penghormatan dengan sewajarnya. Justeru kerana dia adalah daripada parti politik yang berlawanan dengan aliran atau ideologi pimpinan arus perdana.
Sikap kasar polis, melayan secara berkasta terhadap Anwar dan penyokong serta ahli-ahli PKR yang berhimpunan di kelab Sultan Sulaiman malam kelmarin mencerminkan negara kita sama taraf dengan negara Afrika seperti Haiti, Lesotho dan Tibet membandingkan cara dilayannya parti pembangkang.
Moralnya bagaimanakah kita hendak mendidik rakyat dan anak didik pelajar-pelajar sekolah kerana praktikal dengan teori sentiasa bercanggah dari segi amalan dan kerjabuat pihak berkuasa di negara kita.
Walaupun diberitakan pihak polis berjaya menyuraikan ribuan yang hadir dengan selamat tanpa ada sebarang kekecohan.
No comments:
Post a Comment