Wednesday, April 30, 2008

Mengapakan kita sibuk bermaufakat untuk bincang soal Melayu sahaja ?

Semua kerja main-main ? Itulah tabiat kita. Pada satu masa dahulu kita sibuk berseminar bagi memerangi serta menangani 'gejala murtad'. Gejala ini adalah satu gejala yang cukup besar dan hebat. Kepekaan dan keperihatinan serta laporan serta pendedahan terbuka media yang berterusan memberi info menyedar dan membuka ramai mata rakyat, bahawa isu ini bukanlah kes-kes terpencil. Jawaban biasa menteri bila diajukan permasalahan rakyat.
Kes murtad, jawatankuasa bertindak murtad, kini tah ke mana dan kini kita disibukkan dengan usaha menghimpunkan Melayu. Maka kita nak bertanya orang kita sampai bilakah kita bekerja menangani masalah mengikut 'suhu' dan suasana politik.
Kita seolah-olah tinggalkan isu keselamatan kanak-kanak spt kes adik Sharline yang belum selesai dan nampak pihak polis atau pihak berkuasa sudah tiada usaha dan buntu dengan usaha gayenya. Kes pembuangan bayi kembali menguasai 'pasaran' , kes-kes lain yang sentiasa mencatatkan graf peningkatan.

Himpunan muafakat Melayu, 200 NGO akan berhimpun di Johor
Kira-kira 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Persada berdekatan Puteri Pacific, Johor Baharu pada 2 dan 3 Mei akan datang untuk memartabatkan bangsa Melayu selain memberikan penerangan berkaitan senario Melayu selepas pilihan raya umum pada 8 Mac lepas

Ketua Satu Gapena, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Ismail Hussein ketika ditemui selepas berucap pergulungan Pro Kongres Permaufakatan Melayu Zon Utara di Hotel Summit, Bukit Mertajam semalam menyifatkan, program berkenaan membolehkan semua pihak bercakap menyampaikan buah fikiran atau mengkritik untuk kepentingan Melayu yang jauh terasing berbanding kaum lain di negara ini.

Baginya, peristiwa pada 8 Mac lalu telah mengubah senario politik terutamanya orang Melayu serta kebinggungan terutamanya golongan muda terhadap tsunami politik diluar jangkaan.

"Perhimpunan NGO di Johor nanti bukan dipengaruhi mana-mana politik sebaliknya bermatlamat mulia untuk memartabatkan bangsa Melayu semula. Dari situ, kita sebagai orang melayu dapat menilai di manakah kedudukan kita sendiri sebagai orang yang ada keistimewaan di Malaysia, " ujarnya.

Gapena berpendapat negara ini tidak mungkin gagah tanpa unsur melayu di mana telah terbukti sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.
Tidak dinafikan nanti pasti timbul berbagai luahan atau kritikan hangat daripada wakil persatuan, NGO atau individu ekoran kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Kami Gapena sanggup mendengar apa pun isi hati perwakilan dari NGO nanti kerana pentas ini terbuka. Kita tahu ianya ada yang pedas untuk ditelan, " tambahnya.

Kepimpinan politik tanpa mengira mana-mana latar belakang wajar memberi perhatian terhadap program ini kerana ia dapat membantu mengatasi atau tidak lagi mengulangi masalah yang telah berlaku.

Menyentuh mengenai ucapan kritikan novelis terkenal tanahair, Azizi Haji Abdullah semalam agar Gapena jangan jadi kuda tunggangan Umno beliau berkata, sebenarnya tuduhan sebegitu berbentuk emosi dan tidak pernah wujud agenda pada program dua hari itu nanti.

Sebaliknya kata beliau, ia tiada kaitan dengan kehendak Umno tetapi dilaksanakan atas rasa tanggungjawab bagi mengembalikan perpaduan melayu di semua peringkat tanpa kira apa juga fahaman politik.

"Kebanyakan situasi sekarang perpaduan melayu longgar dan setengahnya menanti belah. Apa salahnya Gapena sebagai penyelamat situasi tersebut. Melayu sekarang bercakaran semasa sendiri, menuduh orang itu orang ini bersalah tetapi pokok pangkalnya tidak dikaji untuk mengetahui punca sebenar, " terangnya di hadapan lima puluh orang wakil NGO dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Umno sendiri selama ini ujar Dr Ismail, memandang sinis golongan budayawan dan karyawan kerana bagi mereka golongan terbabit tidak menguntungkan parti atau poket sendiri.

"Sedih sunggup bila melihat kepimpinan negara senyum sinis bila bercakap dengan budayawan atau karyawan seolah kami tiada dihargai. Maklumlah mereka bergandingan golongan koporat, teknokrat atau bissnesman, " jelasnya kesal.


Turut serta membentangkan kertas kerja dalam program setengah hari semalam ialah wakil Barisan Badan Perpaduan Melayu, Ustaz Osman Bakar; Presiden Teras, Azmi Hamid dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Dato' Seri Haji Yusoff Latiff. - mks.

No comments: