Mempolimekkan isu babi sampai ke tahap memualkan, perbahasan diambil daripada pucuk pimpinan UMNo atas sehingga ke orang kampung turut 'bercakap' sehingga menampakkan UMNO BN adalah sebagai juara. Agenda utama bagi mereka yang penting adalah bermatlamat untuk dapat capai kepuasan iaitu puashati pimpinan UMNO kerana merasa sahaja menang dalam berhujah dan mempertahankan hujah bahawa babi sejak mereka tiada kuasa, bagi menampakkan tidak diperlukan setakat hari ini inilah hempas pulas hujah mereka. Kini sampai merentasi Kementerian Pelancongan bawah azlina pula.
Apalah sangat, jika mahu diremehkan , berbanding dengan 'gadaian' projek mega selama 99 tahun projek WPI kepada pelabur. Jika disorot dan imbas babi tidak patriotsme Melayu kahdengan Islam kah ? , Projek mega WPI itu memberi impak jati diri patriotisme kepada negara kah ? Kedua-dua isu ini mempunyai dan memberi nilai pulangan ekonomi kepada negara.
Berbalik dengan isu pencemaran najis babi jika tidak diurus betul akan jejaskan alam sekitar buat selama-lamanya khasnya di Sepang. manakala WPI pencemaran budaya bangsa hasil percampuran budaya liar cukup memunahkan akal budi budaya bangsa yang diteraskan dalam PPIP Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini apa yang mahu diperkasakan lagi ?
Kita tidakKegagalan penguatkuasaan punca industri jejas alam, berkembang secara haram
SUDAH sekian lama isu ladang ternakan babi menjadi polemik masyarakat Malaysia khususnya Melayu. Polemik ini menjadi sensitif dengan adanya pengaruh politik dan sentimen agama. Sejak kebelakangan ini, faktor alam sekitar dan keharmonian kaum pula memanaskan keadaan.
Secara umumnya, ladang ternakan babi adalah keperluan untuk membekalkan makanan kepada orang bukan Islam, khususnya Cina. Sejak sekian lama ternakan babi sinonim dengan penempatan Cina di luar bandar. Biasanya babi diternak secara kecil-kecilan untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual ketika musim perayaan.
Namun demikian, keadaan berubah sejak kira-kira 20 tahun lalu. Penternakan babi tidak lagi dijalankan secara kecil-kecilan tetapi berkembang menjadi industri penting membekalkan makanan keperluan penduduk tempatan. Hal ini digiatkan lagi apabila Singapura mengenakan peraturan alam sekitar yang sangat ketat terhadap aktiviti ternakan babi di negara itu.
Sebagai contoh, menurut laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Perak (http://www.jphpk.gov.my), jumlah babi mengikut negeri pada tahun lalu adalah seperti berikut: Selangor (264,510), Perak (489,090) ), Pulau Pinang (296,230) Johor (294,810) dan Melaka (150,870).
Tiada ternakan babi didaftarkan di Terengganu manakala jumlah babi didaftarkan di Negeri Sembilan menurun dengan mendadak dari 659,730 (1996) kepada 1,910 ekor (1999) selepas peristiwa wabak penyakit akibat virus Japanese Encephalitis dan virus Nipah melanda di Bukit Pelanduk. Pada 2007, hanya 1,200 ekor diternak di Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment