Wednesday, April 16, 2008

Berani Bila Tiada Kuasa Tabiat Melayu ?

Najib bimbang penguasaan bahasa Inggeris menurun….. Tetapi semalam juga cendiakiawan membelasah Dr M kerana memperkenalkan pengajaran BI dan menyebabakan BI digunakan kini sebagai bahasa pengantar di semua universiti di Malaysia..Cakap – cakap ini datang rumusan daripada beberapa panel dalam forum Pasca Pilihanraya Ke 12 yang dianjurkan oleh Gapena


Sikap dan perangai membelasah para pemimpin atau tokoh lepas bila sudah tiada taring dan gigi sudah jadi satu budaya ilmuan dan cendiakwan Melayu. Semasa pimpinan atau tokoh itu berkuasa ‘habuk’ pun dikatakan wangi dan baik belak-laka. Budaya takut berkata benar semasa pemimpin itu berkuasa sudah mendasar dan mengakarumbi dalam diri golongan cerdikpandai Melayu kini.

Inilah satu budaya baru orang Melayu suka membelasah dan menegur orang sudah berkuasa. Kemudian pimpinan Melayu UMNo dalam kerajaan pula sanggup memunah ranahkan rakyat, walaupun dia tahu dan faham dasar itu banyak menyumbang kepada kerosakakan bangsa dan jatidiri bangsanya. Sikap bersikap lembu kenyang pimpinan kerajaan yang kurang cakna dan kebanyakan pak turut dan pak hanguk sahaja mengundang kemarahan rakyat.

Maka lahirlah pula ‘tok juara’ dengan membuat himpunan melayu. Maka hilanglah wira jagat, hilanglah Ali Rustam , hilanglah persidangan Melayu-Melayu lain, maka yang lahir dan ada Melayu sedia ada.

PUTRAJAYA 15 April - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan rasa bimbang terhadap tahap penguasaan bahasa Inggeris yang semakin menurun terutama dalam kalangan pelajar luar bandar dan sekolah kerajaan.

Beliau berkata, selain waktu pembelajaran subjek Inggeris, tidak ramai pelajar membaca buku Inggeris apatah lagi hendak bertutur dalam bahasa antarabangsa itu.

''Bahasa Inggeris amat jarang sekali menjadi medium berkomunikasi. Mereka tidak menonton rancangan Inggeris di televisyen melainkan ada sarikata dan surat khabar serta majalah yang mereka baca hanya bahasa Melayu.

''Saya berpendapat trend ini tidak boleh dibiarkan kerana penguasaan dalam bahasa Inggeris telah menjadi aset kepada negara ini," katanya ketika berucap melancarkan pertandingan mengeja Spell It Right anjuran RHB dan New Straits Times di sini hari ini.

Najib berkata, kelebihan negara kerana mempunyai tenaga kerja mahir yang fasih berbahasa Inggeris telah menjadi tarikan utama pelabur datang ke Malaysia.

''Jika kita membiarkan tahap penguasaan seperti hari ini berterusan, kita mungkin kehilangan kelebihan itu.

''Memang tidak dinafikan bahasa Melayu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan selama-lamanya akan menjadi bahasa rasmi, realiti yang perlu dihadapi adalah bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi utama dalam perdagangan dan sains di seluruh dunia," katanya.

Sehubungan itu, Najib menggesa ibu bapa dan guru untuk bersama membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dan seboleh-bolehnya memastikan anak menggunakan bahasa tersebut sekerap yang mungkin dalam kehidupan harian mereka.

Ditanya mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, Najib berkata, kerajaan akan membuat penilaian keberkesanan kaedah itu yang dijangka akan dilakukan tahun depan.

''Hanya selepas itu, baru kita buat ketetapan," katanya.

No comments: