Kementerian Pelancongan batal MoU lima negeri Pakatan Rakyat |
Oleh Bernama | |
Khamis, 03 April 2008 | |
KL: Kementerian Pelancongan akan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pembangkang. Menteri berkenaan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu diambil kerana kementerian tersebut bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di sini hari ini, katanya kementerian itu akan menubuhkan jawatankuasa baru dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) bagi memantau aktiviti pelancongan di negeri-negeri tersebut. Azalina berkata:"Apa yang akan berlaku di lima buah negeri tersebut, mereka akan ditadbir oleh individu-individu yang dilantik di bawah Kementerian Pelancongan." MTPN ditubuhkan pada tahun 2002 yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri dengan peruntukan RM1 juta setahun bagi melaksanakan dasar pelancongan yang ditetapkan kementerian itu. |
2 comments:
Maaaak bodohnya menteri UMNO ni!!!!
Nama jer peguam, rupanya loyar buruk. kalau takut kehendak tak seragam, bincanglah!!. Panggil wakil kerajaan 5 negeri ni berbincang dan cari titik pertemuan. bukannya terus batalkan semua MOU. dia ingat 5 buah negeri ni bukan dalam malaysia ker? hayyaaa! bodohnya dia. dia ingat rakyat ramai tak nampak ker maksud buruk dan hati busuk BN ni. patut ler tak kawin-kawin rupanya dia ni di bumi pun tidak di langit pun tidak. entah manusia entah jembalang peliharaan!
Apakah kualiti pemikiran seperti ini mempunyai kelayakan menjadi seorang menteri kepada rakyat Malaysia.
Go and tell the whole world that you are the Tourism Minister for Malaysia but not for the states of Selangor, Penang , Kedah, Perak and Kelantan.
Ok, if that is the case, perhaps these states can appoint their own Tourism Minister.
Post a Comment