Jelas, terbayang serta memberi gambaran pengurusan negara kita ala JKKK. Kerajaan UMNO pimpinan Pak Lah cuma meneruskan dasar-dasar lapuk dan usang pengurusan negara warisan zaman Dr M. Cuma kata orang kelantan UMNo cuma tukoq drebar jeh !
Terbaru MB Terengganu yang baru Mohd Said secara terbuka meminta kerajaan memulang pengurusan dana khas kepada kerajaan Terengganu yang sah. Maknanya penderaan ke , sabotaj UMNo bukan setakat yang bukan sahaja tidak sealiran dengan aliran pimpinan atasan, malah yang sama aliran tapi berbeda fikirpun tidak dapat diterima.
Maknanya kita baru faham kepada 18 tahun Kelantan didera. Sikap tidak profesionalisme UMNo bukannya sesuatu yang pelik. Adalah sesuatu yang menyedihkan, maka padanlah 50 tahun memerintah. Maka kini tibalah kerajaan Pakatan Rakyat MERAWAT kerajaan yang sedia ada dengan beransur-ansur menggantikannya.
Kepercayaan rakyat mula diberi....
Ahmad Said minta kerajaan pusat kembalikan royalti minyak
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak atau yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti minyak sebanyak lima peratus, yang ditarik balik semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 2000 dan kemudiannya digantikan dengan DKKP, diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.
"Kita berharap bahawa kalau boleh Kerajaan Pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah... tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.
Selepas PAS mengambil alih pemerintahan di Terengganu apabila memenangi pilihan raya umum 1999, Kementerian Kewangan pada 5 Sept 2000 mengumumkan menggantikan bayaran royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan Terengganu dengan program wang ehsan yang disalurkan terus kepada rakyat menerusi projek pembangunan, dan tidak lagi disalurkan melalui kerajaan negeri.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, sejak DKKP diperkenalkan semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi impak kerana tidak mengambil kira keperluan rakyat.
"Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tibatiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat. Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya.
"Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.
Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian sematamata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu.
"Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya.
Ahmad berkata jika Kerajaan Pusat menyerahkan kembali hak pengurusan DKKP, ia akan memudahkan kerajaan Terengganu membuat perancangan tentang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan berbanding keadaan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu.
Katanya kerajaan negeri mempunyai keutamaan sendiri dalam menentukan projek yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan jika wang itu ada pada kerajaan negeri, bajet dan perancangan akan menjadi lebih mudah.
Ketika ditanya berapa jumlah sebenar wang DKKP yang diperoleh oleh kerajaan negeri, Ahmad berkata:
"Sehingga hari ini kita tidak mengetahui jumlah duit yang kita ada. Semasa saya jadi Exco dahulu pun kita tak tahu dan tak diberitahu berapa sebenarnya nilai royalti lima peratus yang sepatutnya kita dapat setiap tahun. Tak diberitahu... ini masalah yang kita hadapi," BERNAMA
No comments:
Post a Comment