Hentikan tuduh-menuduh.... Kata Hishamuddin , letih dan meletihkan salah menyalahkan antara sama lain , tanpa noktah dan henti. Hishamuddin mahu 'fokus' kepada kerja untuk memulihkan kembali UMNO.
Katanya ...
Katanya .....UMNO tidak akan dapat dipulihkan sampai bila-bila dan terus terpinggir sekiranya parti itu masih dibelenggu dengan masalah dalaman.Tambahnya, ia termasuk menuding jari sesama sendiri dan mengamalkan sindrom penafian.
Oleh itu katanya, semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menghentikan tindakan menuduh sesama sendiri bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih meruncing dan kusut.
Katanya semua pihak sebaliknya wajar bermuhasabah diri, bersikap lebih matang, jujur dan berani dalam menghadapi kejutan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
''Musuh kita di luar sana bertepuk tangan menyaksikan gelagat kita menikam sesama sendiri.
''Tumpuan utama kita sekarang adalah untuk mencari jalan terbaik bagi memperbaiki krisis keyakinan dan mendengar suara rakyat serta akar umbi selain mengembalikan kekuatan UMNO dan BN,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
''Saya rasa cukuplah kita melemparkan tuduhan melulu kepada mana-mana pihak sehingga ia melemah dan melalaikan kita.
''Apa yang penting sekarang adalah untuk mencari jalan terbaik bersatu dan berusaha memperkukuhkan parti bersama-sama,'' katanya.
Katanya lagi, sememangnya apa yang berlaku kepada BN selepas pilihan raya umum lalu adalah satu kejutan bersejarah dan tidak pernah dialami setiap ahli sebelum ini.
Oleh itu, menurut beliau, pemimpin BN dan UMNO wajar membimbing seluruh ahlinya yang masih kecewa, keliru dan lemah semangat untuk terus bersama-sama memperkuatkan parti dan meletakkannya pada landasan yang sebenar.
Antara kata Hishamuddin pembangkang di luar duduk 'tepuk tangan' dan padan muka kepada UMNO.
Inilah keadilan namanya, dulu memang UMNO tepuk tangan lihat PAS kalah dan dikalahkan. PAS dibuli dikeji lebih teruk daripada tepuk tangan. Hishamuddin 'pelik' baru kena sekali dalam sejarah UMNO pembangkang dan rakyat tepuk tangan.
UMNO masih ingat dia seperti gajah yang tidak mati-mati, UMNO dan Hishamuddin lupa dengan janji Allah, perjuangan batil akan dikalahkan dengan perjuangan yang haq. Kebenaran datang mentsunamikan kebatilan. Islam kembali naik bersama-sama orang yang menyokong. \
Maka Hishamuddin hendaklah menjadi golongan 5 yang dijanjikan oleh Allah.
1 comment:
dia takkan sedar...memang cucu onn jaafar tak sedar diri
Post a Comment