Tuesday, April 08, 2008

Antara Musykil Arak, judi....atau babi di Selangor ?

Maka bergemalah akhbar hari ini kerana mendapat satu isu besar khususnya kepada orang Melayu. Tajuk .....Pas sokong Selangor maju projek ternak babi.

Realiiti babi itu sungguh aib dan menjijikkan , berbanding lesen kedai judi UMNO BN kerajaan beri bukan sekadar berkadang di ladang-ladang ceruk rantau negeri, tetapi 'babi' yang dijijikan oleh Allah Islam dan nabi itu judi, arak dalam ayat 7 dosa besar itu mendapat ruang dan tempat cara memikir akhbar dan pemikiran UMNO

Jijik dan kejijikan kepada babi tidak lah memudaratkan semua pihak, ini arak , judi merosakkan diri tuan pengamal, anak pihak serta keluarga kerana menjadi tahi arak, dengan tahi judi. Kalu jadi tahi babi boleh buat baja, manfaat kepada kerajaan UMNO BN juga boleh bagi peluang pekerjaan.

sementelahan kata Allah mereka yang jadi pekerja tempat arak dan judi serta makan hasil haram itu memeudaratkan diri keluarga serta keturunannya. Kalu makan 'babi' macam mana ?

Moralnya, akhbar cuba membuka minda pembaca bahawa PAS halalkan benda yang dulu diharamkan olehnya. Sepatutnya utusan kena buat rombongan mengaji dan buka kitab bersama Tn Guru... mintak mintak puak-puak ni ke lah ngaji di Kelantan.



Oleh Wan Jailani Razak dan Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.

"Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.


Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan).

Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.

Menerusi laman blognya, Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan membuat kenyataan hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat yang ditetapkan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, pula berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek itu, sebaliknya sebuah syarikat swasta tempatan akan melabur RM100 juta memajukannya secara berkelompok dan tersusun, termasuk kos pembelian tanah dan pembinaan kemudahan asas lain.

"Projek ini pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Kerajaan negeri setuju mengkajinya semula bagi memastikan hanya penternak yang benar-benar mengusahakan ladang babi menyertai program itu.

"Saya diamanahkan untuk kaji balik isu ini dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di Selangor," katanya.

Yaakob berkata, ladang ternak berkelompok itu hanya untuk memenuhi bekalan domestik dan bukan tujuan eksport.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, meminta kerajaan negeri mengkaji semula projek ternakan babi berskala besar itu kerana ia membabitkan sensitiviti sosiobudaya dan keagamaan.

Beliau yang juga Menteri Kerjaraya berkata, projek berskala besar itu juga berkemungkinan mempunyai implikasi daripada segi alam sekitar, kebersihan dan kesihatan.

"Ia seharusnya dirujuk terlebih dulu dengan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan pandangan dan nasihat agensi tertentu," katanya.

Mohd Zin berkata, kerajaan negeri memang berhak dan berkuasa meluluskan projek itu, namun sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar daripada segi alam sekitar dan sensitiviti budaya serta agama, tidak harus dibuat berdasarkan pendekatan untuk popular.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pula meminta kerajaan negeri mematuhi peraturan bagi memastikan projek itu tidak menimbulkan masalah kepada rakyat dan alam sekitar.

Katanya, kerajaan BN dulu ada membincangkan projek berkenaan dengan sebuah syarikat swasta tempatan, tetapi menetapkan projek itu tidak akan membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

No comments: