Saturday, March 22, 2008

Wahai Wanita UMNO Bangun Jadi Singa UMNO ?

Rafidah Perdana Menteri?

aWanita UMNO bersekali dengan Wanita Besinya, Rafidah 'kecundang'. Mereka balik menjaga cucu dan menghayun buaian bila tak disenarai dalam Kabinet baru Abdullah.
Kecuali Rafidah bangkit.
Mana baik Rafidah gugur dari Kabinet atau Abdullah digantikan oleh Rafidah sebagai PM?

Kerja berkesan, Rafidah bila-bila masa lebih baik dari Abdullah. Kalau begitu, mengapa tidak Abdullah yang gugur dan Rafidah menggantikan beliau?


Jaga cucu bukan kerja Rafidah. Kalau dah nak jaga cucu, Wanita UMNO usah berketuakan Rafidah.

Apa punca Rafidah digugurkan selepas dipilih bertanding dan menang? Imejnya buruk? Mana buruk Rafidah berbanding Mat Taib?

Atau kerana Rafidah tulis surat 16 muka pada Abdullah selepas kekalahan BN?


Apa kandungan surat itu?

Sekurang-kurang, Wanita UMNO kena baca dan tau kandungan surat Ketua mereka pada Presiden parti.


Begitulah tulisan Husam Musa, bila memberi reaksi akan sikap dan pendirian Rafidah. Kami rakyat biasa menyokong penuh. Apa yang berlaku kepada UMNO BN, memang semakin bobrok. Dalam UMNO pemimpin lelaki tak boleh dipakai. Hatta Pak Lah yang Dr M angkat dan tunjuk sebagai ganti, daripada 'bersifat' malakiat berubah dan bertukar menjadi ***** dan cukup mengerunkan , bilamana melaihat cara hidup beliau cucu seorang ulama. Dalam mengkayakan anak menantu dan puak gerabak keliling kelalang.

Atas isu AP Rafidah dengan sedikit anugerah kelebaihan Fidah boleh mencabar kerana sokongan beliau ada dibelakang seramai 1.3 juta ahli wanita. Lagipun mana-mana pilihanraya Wanita UMNO lah yang memenangkan UMNO BN. Oleh itu teras kepada kekuatan UMNO adalah pada wanita.

Maka bangkitlah wanita Wanita UMNO, ayuh gugur dan undurkan Pak Lah. Cukup dah, rawatlah UMNO sebelum parah. Dalam UMNO ramai pakar-pakar perawat, tak kan tak dapat selesaikan. Doktor pakar tak cukup dalam panggil panel rawatan doktor-doktor pakar sedunia. Apa yang penting dari segi moralnya Wanita UMNO dimalukan. Ayuh ...wanita bangun jangan tidur. gegarkan tangan yang menghayun buai untuk mencorakkan politik Malaysia. Apa tunggu lagi

No comments: