Sunday, March 23, 2008

Berhentilah Menipu Rakyat

Berita media eletronik jam 8.00 memaparkan Sultan Terengganu memperkenankan YB Said selaku MB Terengganu. Berserta sisipan berita 23 ADUN Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah. Maknanya 23 ADUN BN berdiri belakang Ideris Jusoh yang mendapat watikah daripada PM Pak Lah.

Maka termanggu-manggu lah semua orang di seluruh Malaysia, inilah UMNO yang cuba untuk membela dan pertahankan ketuanan Melayu, yang ingin membela Melayu dan yang ingin pertahankan DEB yang hanya satu dasar sama dengan dasar-dasar yang lain yang tidak termaktub sebagai satu lembaga bahawa DEB itu sebagai Dasar Melayu Baru.

Sejarahnya DEB sebagai satu dasar untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum. Maka diuar-uarkan Melayu selepas merdeka adalah golongan meremapat dan miskin, maka terarahlah DEB sebagai dasar membasmi kemiskinan bagi orang-orang Melayu. Maka orang-orang Melayulah yang diutamakan dulu. Bila dasar ini terpakai terlalu lama maka jadilah dasar ini sebagai dasar membela Melayu sahaja, pada hal dari segi roh ia bukanlah begitu.

Walhal hak Melayu, hak raja, hak ketuanan, hak agama semua termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Justeru siapakah yang kini memunahkan bahasa, depa laksana ajar bahasa Inggeris dalam sains matematik, bilamana Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dilaksanakan tidak ada roh DEB mahu dilaksanakan kerana membuka peluang seluas-luas kepada orang luar, berapa kerat pejuang Melayu bersuara-pinjam kata-kata Mohd Sabu, mana dia pembela Melayu, ayuh hayunlah apa yang patut.

Nah siapa Melayu, siapa pengkhianat Dasar siapa, Justeru janganlah dan berhentilah menipu rakyat.

No comments: