Tuesday, March 18, 2008

Utamakan Rakyat : Pilihan Tepat

Rugi atau untung adalah soal kedua. Apa pun rakyat perlu diutamakan. Jika rugi dua tiga tahun insyallah Allah akan gandakan keuntungan melalui jalan lain. apa pun pilihan untuk utamakan rakyat mesti diagenda utamakan. Ini jelas kerana kerajaan Barisan rakyat Selangor dipilih adaah atas keringat rakyat.


Justeru jangan persia-siakan sokongan rakyat. Duit boleh dicari sokongan rakyat tiada nilai belinya (bagi pengundi bermaruah). Syabas kerajaan Barisan Rakyat Selangor yang perihatin, terus dan kekalkan pendirian ini. Kami tetap sokong dan bersama-sama dengan MU.


MB minta batal status rahsia perjanjian

SHAH ALAM - Selangor akan mengkaji semula perjanjian antara kerajaan negeri dan Puncak Niaga Holdings Bhd. bagi pengumpulan air mentah di Sungai Sireh, yang ditandatangani pada 7 Mac lalu, sehari sebelum pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah meminta Penasihat Undang-Undang Negeri menulis surat kepada Puncak Niaga supaya membatalkan status rahsia perjanjian itu.

Mengikut kiraannya, jelas beliau, terdapat ketidakseimbangan daripada hasil yang diberi kepada negeri dan rakyat dan ia boleh memperkayakan pihak yang mendapat kontrak, iaitu Puncak Niaga.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kediaman rasminya di Bukit Malawati di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar sebelum ini yang memetik kenyataan Bursa Malaysia mengenai satu perjanjian telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Selangor dan Puncak Niaga untuk mengendalikan, mengurus dan menyelenggara loji penapisan dan pengumpulan air mentah di Sungai Sireh, Tanjung Karang sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Mengenai pelaksanaan bekalan air percuma kepada rakyat Selangor, katanya, ia boleh dilaksana dengan mengurangkan kos seunit air (yang lazimnya disukat mengikut ukuran meter padu) dan pada masa yang sama mengekalkan harga yang dikenakan kepada pengguna.

Lebihan pendapatan hasil pengurangan kos seunit air itu akan diagihkan kembali kepada para pengguna, katanya.

Semalam, di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur, Abdul Khalid memberitahu, beliau akan berbincang dengan barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan mengangkat sumpah Sabtu ini terlebih dahulu mengenai pelaksanaan bekalan air percuma itu.

Menurut beliau, Selangor memiliki cukup sumber untuk dinikmati oleh semua kaum terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi ia perlu ditadbir dengan berkesan dan bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Katanya, Selangor kini menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperoleh pendapatan per kapita setaraf dengan negara maju iaitu RM32,000 (AS$10,000) hingga RM48,000 (AS$15,000).

No comments: