Sunday, March 23, 2008

Talqinkan UMNO ?

Berita malam ini, memaparkan GERAKAN cukup 'selesa bilamana dapat membuat Perhimpunan Agung Khas bagi menfokuskan perbincangan keputusan merudum partinya dalam PRU 12 lepas. Pemangku Presiden, Dato Koh Tsu Koon berkata ,'tidak apa yang mahu dikejar kerana tiada pangkat, perbincangan positif dengan sesi brainstroming ahli-ahli yang 'mengkritik' secara positif bagi mencari formula penyelesaian terbaik'.


Tambah beliau, apa yang dimahukan persepakatan Barisan Nasional(BN) biar dipersepsikan kepada rakyat adalah satu-satu barisan kepimpian untuk rakyat bukan untuk eletis pemimpin. Ia adalah Barisan rakyat. Cukup terkesan dan Gerakan sedar dulu daripada UMNo yang mudah lupa tu.

Lihat betapa, mudahnya dan terbuka Cina Gerakan daripada pemimpin Melayu minda kela pertama, serta bangsa yang diangkasakan, serta Melayu telah di Glokalnya.

Kata-kata Pak Ungku tepat dan benar, parti dan pemimpin yang banyak berslogan adalah mereka yang buntu pemikirannya. Cukuplah untuk UMNo di sini. Talqinkan UMNO.....

No comments: