Sunday, March 23, 2008

Mukhriz harapan Pemuda untuk tolak Khairy Jamaluddin klik sini untuk beri pendapat
BUKTI DI BAWAH KECEWA RAKYAT TERHADAP UMNO....DIPETIK DAN DISALIN DRP WWW.UMNO.REFORM.COM
Isu perlantikan MB, tindakan boikot oleh ADUN Terengganu dan pemecatan Ahmad Said
Apa kata pelayar www.umno-reform.com

Demi bangsa, Sultan dan agama kita
Date: Sun 03/23/08 03:52 AM
<salleh.johari@yahoo.com>
Assalamualaikum tuan editor. Saya mohon tuan terbitkan e-mel saya ini.

Satu demi satu kemelut MB tertonjol sehinggakan saya sebagai anak Melayu yang beragama Islam merasa amat malu dan pilu melihat gelagat juak-juak UMNO di Perlis dan Terengganu. Mana maruah Melayu, mana adab Melayu dan mana tatasusila Melayu? Di dalam pelajaran Sejarah kita diajar agar menghormati institusi Raja-Raja Melayu. Dalam pelajaran Sivik kita diajar untuk menghayati Rukun Negara sehinggakan pegawai JPA semasa temuduga suruh kami nyatakan Rukun Negara. Semua kami tahu dan fasih menyebutnya semula, iaitu:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan

  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

  3. Keluhuran Perlembagaan

  4. Kedaulatan Undang-Undang

  5. Kesopanan dan Kesusilaan

Apa yang berlaku di Perlis dan Terengganu amat mengecewakan. Sehinggakan anak saya yang baru Tahun 4 bertanyakan mengapa Dato Seri Idris Jusuh (DSJI) dan Dato Seri Shahidan Kassim (DSSK) sanggup ingkar dan melawan pihak istana? Di manakah Kesetiaan pada Raja dalam diri mereka? Jelas dalam kemelut ini, rakyat seperti DSIJ dan DSSK sudah lupa daratan dan mereka hanya bertuanku pada Pak Lah. Kebiadaban seumpama ini harus tidak dimaafkan oleh pihak Sultan dan Raja. Saya ingin syorkan agar DSJI dan DSSK dilucutkan gelaran Dato Seri mereka buat selama-lamanya. Begitu juga YB-YB yang lain yang menganggap mereka ini lebih besar dari Sultan.

Sekarang ada beberapa orang kami yang kukuh dalam ekonomi dan terpelajar sedang memikrikan untuk menubuhkan satu parti rakyat Melayu dan kami ingin namakan Parti Melayu Nasionalis yang akan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan Melayu dan agama Islam seluruh Malaysia dan memertabatkan semula semua kuasa Raja-Raja Melayu. Kini kami lihat UMNO sudah tidak relevan lagi pada orang Melayu dan agama Islam yang suci. Islam Hadhari peloporan Pak Lah adalah mengarut dan Cuma akan menjahanamkan orang-orang Melayu, khasnya golongan muda. Mana boleh pegang-pegang tangan dan peluk bini orang, kemudian jadi imam pula?

Saya mohon reaksi dari tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita bersatu untuk membangunkan semula bangsa kita dan agama kita yang telah dilalaikan dan diperdaya oleh UMNO khasnya pemimpin masa kini.

Terima kasih dan wasalam.

Email diterima
zamri66@yahoo.com
zamri mohd nor

No comments: