Friday, March 28, 2008

Ku Li Teruskan usaha mu

Nampaknya semua dan banyak pihak menyokong usaha Ku Li ahli Parlimen Gua Musang yang diketepikan Mahathir , anak raja cerdik yang UMNO tidak memberi peluang dan ruang bagi membuktikan kepimpinan di Malaysia. Itu adalah suratan qada dan qadar Allah. Maka kena redha lah Ku :Li

Apa pun episode terbaru Ku Li, Nampak bersungguh-sungguh ke arah memulihkan UMNO. Ramailah pemerhati dan ahli-ahli politik yang sayangkan UMNO bagi masa depannya baru tersedar masih ada ‘permata’ tua dan buruk yang ‘gagal’ UMNO gilap. Selama ini UMNo bukan dapat ‘permata’ tetapi ‘suasa’ sahaja.

Apa tidak, dalam gelombang kebangkitan massa, Pak Lah adalah cucu ulama yang tersohor. Maka imej dibawa pula Mr Clean sebelumnya bertukar kepada Mr Dark pula. Kesannya Barisan Rakyat merampas 5 buah negeri atau jajahan Mr Clean.


Maka berdukacitalah para pencinta dan pemuja UMNO. Namun bagi Mr Clean tak pa itu sementara sahaja, ini adalah ‘cobaaaa’ ….cobaaan ……cobaaaan…..



Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka memperolehi jumlah pencalonan yang mencukupi untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden.

Ahli parlimen Gua Musang itu memerlukan 30 peratus iaitu 58 pencalonan daripada 193 bahagian Umno di seluruh negara.

Ini ekoran hebatnya desakan para pemimpin di peringkat akar umbi supaya dipulihkan kekuatan Umno, sebagai parti terbesar orang Melayu yang menjadi tunggak utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, mereka turut membantah cadangan supaya pemilihan parti ditangguhkan hingga tahun depan.

Berikutan itu, dalam mesyuaratnnya semalam, MT memutuskan pemilihan pucuk pimpinan Umno diadakan tahun ini juga pada 16 hingga 20 Disember depan.

Manakala pemilihan di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai-24 Ogos, dan bahagian pada 9 Oktober-19 November.

Cipta sejarah

Malah Abdullah sendiri dapat merasainya. Dalam sidang akhabar semalam, beliau mengakui: "Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran)."

Ekoran itu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li dijangka bakal mencipta sejarah kali kedua mencabar penyandang jawatan tersebut.

Kali pertama Ku Li mencabar jawatan tersebut ialah pada 1987 apabila beliau menentang Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tewas dengan 47 undi.

ketika itu belum ada sistem kuota pencalonan. Ia hanya diperkenalkan selepas penubuhan Umno baru pimpinan Dr Mahathir.

Pada 2004, Ku Li gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi apabila hanya bahagiannya mencalonkan beliau bertanding jawatan presiden.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Umno, Ku Li dijangka mendapat pencalonan daripada bahagian-bahagian Umno di mana pemimpin utama mereka tidak dipilih atau digugurkan dari senarai calon BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Jumlah bahagian terbabit ramai...boleh dikatakan 40 peratus nama dalam calon yang dikemukakan oleh hampir semua Umno negeri, telah digugurkan dan digantikan dengan muka baru, yang sebahagiannya tidak ada pun jawatan di peringkat bahagian," kata sumber-sumber itu lagi.

Peluang cerah

Di samping itu, katanya, mereka juga beranggapan bahawa barisan pucuk pimpinan Umno sekarang tidak berkesan kerana mereka sibuk dengan jawatan yang disandang dalam kerajaan.

"Ekoran itu, ada bahagian-bahagian yang dijangka mengemukakan usul supaya pemegang jawatan tinggi dalam parti, tidak dilantik menganggotai kerajaan, supaya mereka dapat menumpukan kepada usaha memulihkan kekuatan Umno," katanya lagi.

Lagi pula, tegasnya, senario politik sekarang berbeza dengan 1987 dan ini mencerahkan harapan Ku Li untuk mendapat pencalonan yang mencukupi bagi bertanding jawatan presiden.

"Pada tahun 1987, wujud dua puak - Team A dan Team B. Kali ini tidak wujud puak seumpama itu tetapi rata-rata ahli dan pemimpin Umno, khususnya di peringkat akar umbi, sependapat bahawa Umno tidak sekuat dahulu kerana pucuk pimpinannya lemah.

"Mereka tindakan drastik diambil untuk memulihkan kekuatan Umno. Ini bermakna peluang Ku Li lebih cerah kali ini untuk mencipta sejarah menewaskan presiden Umno dalam pemilihan parti Disember ini," katanya.





No comments: