Friday, March 28, 2008

Masa Untuk Membuktikan Kata-Kata !!!


Jika dalam Program Realiti Ogy Ahmad Daud sentiasa berpesan kepada 'pelajar akademik itu' supaya menggali ilmu ,menimba dan menceduk atau memaip ilmu secara skala besar bagi manfaat, atas apa yang dinamakan sebagai peluang keeemasan yang seseorang pelajar itu perolehi.

Sementara bandingan dengan kerajaan Barisan Rakyat , Bukanlah begitu maksudnya atau hasrat Kerajaan Rakyat di Pulau Pinang mahu 'mengali' kes demi kes, namun dari segi hakikat perlu ada pembersihan dan arah usaha bagi menjadi penegak kepada keadilan itu wajar dan perlu. Justeru kerana manifesto serta nilai survival serta moto PKR adalah untuk menegakkan keadilan sejagat. Hasrat rakyat teramai yang dahagakan perubahan ke arah kesempurnaan. Masa ini adalah mas yang perlu kerajaan Rakyat buktikan dengan tindakan, bukan sekadar kata-kata atau azam semangat. Jika kita gagal mengotakan apa yang rakyat hasratkan, maka apa makna pilihan Kerajaan Rakyat kepada mereka, lebih baik mereka kekalkan pilihan mereka bersama kerajaan lama UMNO-BN.






Kerajaan Pulau Pinang tunggu laporan BPR berhubung kes seleweng tanah

Kerajaan Pulau Pinang sedang menunggu laporan bertulis daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Pulau Pinang mengenai siasatan terhadap penipuan dan penyelewengan tanah di negeri itu bagi membantu siasatan lanjut oleh kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan secara ringkas mengenai hasil siasatan kes itu oleh Pengarah BPR Pulau Pinang Nooraziah Abdul Manap pada pagi Jumaat dan tida berpuas hati dengan hasil penemuan siasatan itu.

Jawatankuasa Khas Penipuan dan Penyelewengan Tanah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin akan memulakan siasatan minggu depan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil kerana ia melibatkan kerugian yang amat besar kepada kerajaan negeri, katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Jumaat.

Lim beliau berkata daripada penjelasan pengarah baru BPR itu, kerajaan negeri telah mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kes yang mula disiasat pada 2003 itu.

"BPR telah pun selesai menyiasat kes itu dua tahun lepas dan kita sedang menunggu laporan rasmi secara bertulis daripada pihak BPR.

"Gambaran awal daripada maklumat yang diterima, ada banyak orang dan banyak pihak terbabit. Tunggulah hasil siasatan kita nanti," katanya tanpa mengulas lanjut hasil penemuan BPR itu.

Beliau berkata siasatan lanjut kerajaan negeri bukan kerana ia tidak berpuas hati dengan BPR tetapi lebih kepada hasil penemuannya dan kerajaan negeri mahu tindakan yang lebih konkrit diambil bagi memastikan kejadian yang mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan negeri itu tidak berulang.

Lim berkata beliau akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 3 April ini untuk membincangkan lebih lanjut mengenai hubungan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Katanya beliau mahu hubungan antara kedua-dua pihak itu berkekalan walaupun kini berlaku perubahan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

Lim berkata bahawa pada pertemuan itu nanti beliau akan meminta supaya projek yang telah dirancang oleh kerajaan pusat di Pulau Pinang diteruskan selagi ia memberi faedah kepada rakyat.

"Pada masa yang sama, saya juga akan memohon agar peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk negeri ini diteruskan.

"Saya ada mendapat maklum balas bahawa terdapat peruntukan agensi tertentu di bawah RMK9 telah dikurangkan sebanyak 50 peratus tahun lepas.

"Saya akan ketengahkan rayuan agensi berkenaan supaya peruntukan itu dikembalikan agar ia boleh dilaksanakan seperti perancangan awal kerana ia juga penting untuk menarik pelaburan ke negeri ini," katanya.

Lim berkata kerajaan negeri merestui pelaksanaan projek infrastruktur yang dirancang menerusi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) termasuk pembinaan projek monorel.

"Monorel adalah antara projek yang dicadangkan oleh kerajaan pusat dan sekiranya ia memberi faedah kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak membebankan tabungan rakyat, kami berpendapat projek ini boleh diteruskan.

"Kami mengambil sikap terbuka dan bersedia menerima dan meneruskan projek itu jika ia berfaedah tetapi jika ia menimbulkan kontroversi, kami akan mengkajinya semula," katanya.

Mengenai kenyataan Naib Presiden Bahagian Perancangan/Pembangunan Korporat Petronas, Datuk Nasarudin Md Idris bahawa Petronas tidak membiayai projek-projek infrastruktur, Lim berkata, kenyataan itu tidak tepat.

Beliau menarik perhatian bahawa menerusi pelbagai anak syarikat dan pelaburan, Petronas telah membiayai beberapa projek utama di Malaysia.

Katanya, KLCC Property Holdings Bhd, yang 51 peratus sahamnya dimiliki oleh Petronas, terlibat dalam beberapa projek besar antaranya Menara Kembar Petronas, Menara Maxis, Menara ExxonMobil, Suria KLCC dan hotel lima bintang di Kuala Lumpur iaitu Hotel Mandarin Oriental.

Katanya, Petronas juga merupakan pembiaya utama pembangunan Putrajaya.

Nasarudin membuat kenyataan itu sebagai mengulas cadangan Lim supaya Petronas membiayai pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga lebih RM2 bilion.
BERNAMA

No comments: