Tuesday, March 18, 2008

Kedah potong elaun Menteri Besar dan Exco !!!

Sebagai bukti langkah pertama dan awal adalah Kerajaan Barisan Rakyat Kedah bertindak dan berjanji akan memotong elaun MB dan EXCOnya. Komitmen ini adalah petanda awal komitmen kerajaan Barisan Rakyat mahu berjimat ceramat dan tidak boros.


Saranan Penasihat Parti Keadilan Rakyat adalah yang pertama selepas Barisan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan termasuk WP adaah berjimat cermat.

Langkah ini, bukanlah sebagai tindakan politik semata-mata, tetapi adalah iltizam serta menjadi contoh akhir kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri agar sama-sama mendokong prinsip berjimat ceramat oleh teraju kepimpinan mereka yang mencontoh serta memimpin tindakan ke arah berkhidmat kepada rakyat sebagai keutamaan moto kerja mereka.

ALOR STAR 17 Mac – Kerajaan Kedah akan memotong elaun-elaun yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Exco sebagai memenuhi janji manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak berkata, perkara tersebut sedang diperhalusi dan bila pelaksanaannya bermula akan diumumkan kemudian.

Beliau juga tidak menyatakan jumlah potongan elaun yang akan dibuat.

“(Potongan elaun Menteri Besar dan Exco) memang akan dilaksanakan, Insya-Allah. Tetapi akan diberitahu kemudian, jangan cepat sangat.

“Macam makan buah mempelam, kena tunggu masak dulu. Mana boleh makan masa putik,” katanya kepada pemberita di Pejabat menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai pemotongan elaun Menteri Besar dan Exco seperti yang terkandung dalam manifesto Pas Kedah sempena Pilihan Raya Umum Ke-12 setelah mengambil alih pentadbiran negeri ini daripada Barisan Nasional (BN).

Dalam manifesto Pas Kedah di bawah tajuk pentadbiran itu, salah satu janji mereka ialah memotong elaun-elaun dan keistimewaan tidak munasabah yang dinikmati Menteri Besar dan Exco bagi mengamalkan urus tadbir negeri yang baik.

Dalam pada itu Azizan berkata, bagi melaksanakan janji-janji yang dikemukakan dalam manifesto berkenaan, kerajaan negeri pada peringkat ini telah memutuskan untuk memberi rebat kepada bayaran cukai tanah bagi semua kategori dan syarat tanah.

Jumlah rebat yang akan diberi, menurutnya, akan ditentukan kemudian selepas Exco yang terlibat memperhalusi perkara berkenaan.

Mengenai dasar baru kerajaan pimpinannya, Azizan berkata, beliau ingin mewujudkan pentadbiran yang sifar rasuah terutama melibatkan barisan Exconya.

Menurut beliau lagi, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini akan diteruskan, tetapi menerusi pelaksanaan berbeza.

“Kerajaan dulu pun dasarnya baik, tetapi pelaksanaan akan kita lihat balik. Kita akan buat pembersihan kalau ada penyelewengan, ketidakcekapan dan seumpamanya,” katanya.

No comments: