Wednesday, March 19, 2008

Jika benar: Berlaku Pemberontakan Dalaman UMNO, Doa Orang Dizalimi 50 tahun termakbul mereka berpecah

Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”
Posted on Wednesday, March 19 @ 15:55:34 MYT by greenboc
Artikel Oleh pemudainsaf

"
Assalamualaikum..
Selesai makan tengahari sebentar tadi,P.I sempat membuka blog Datuk Ruhanie Ahmad iaitu http://kuda-kepang.blogspot.com/ untuk membaca berita dan artikel terkini daripada beliau.P.I gemar melawati blog beliau kerana beliau selalunya membawa berita dan khabar-khabar angin dari sumber yang dipercayai dalam UMNO sendiri.P.I telah mengikuti perkembangan artikel beliau "the toyol code" sejak dari mula lagi dan serba sedikit P.I mempercayai apa yang terkandung dalam teori itu.

Disini P.I bukan nak mengulas tentang "teori" tersebut sebaliknya ingin berkongsi maklumat daripada blog beliau.Disini P.I postkan artikel tersebut:


"Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.Pokok persoalannya pada saat dan ketika adalah seperti berikut:Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?Mungkinkah “pemberontakan” ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO?Mungkinkah Ahli Parlimen UMNO yang “memberontak” tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?Dan, jika berlaku “exodus” Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat? – Ruhanie Ahmad "


Apa yang terdetik di minda P.I apabila membaca artikel dari Datuk Ruhanie Ahmad ini ialah sesuatu “swing” daripada pemimpin UMNO sendiri untuk menolak kepimpinan Pak Lah.Ianya merupakan satu tamparan hebat kepada Pak Lah untuk meneruskan ‘survive’ politik beliau.Pelbagai langkah perlu diambil oleh beliau untuk menyelamatkan karier politiknya terutama menantu kesayangannya yang begitu ‘berkuasa’pada ketika ini.


Namun P.I tidak mahu memikirkan sangat mengenai isu permasalahan didalam UMNO/BN kerana bagi P.I sendiri ialah sejauh manakah kita di BA bersedia untuk ‘angin perubahan’ yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja,tidak kira cepat atau lambat.Kita juga perlu memikirkan sejauh mana rakyat jelata sedar akan kebaikkan perubahan kuasa pusat sekiranya ianya benar-benar berlaku.Pada pandangan P.I,bagi golongan intelektual dan yang tinggal dibandar-bandar yang sentiasa terdedah dengan media alternative,mudah mereka untuk memahami dan menerima perubahan yang bakal berlaku ini dengan positif tetapi bagaimana dengan golongan rakyat di luar bandar yang terlalu jauh ketinggalan mengikuti perkembangan semasa dari media alternative.?Mereka diberi sarapan pagi dengan Berita Harian dan Utusan,di beri makan tengahari dengan RTM dan makan malam bermenukan TV3 dan media prima.


Persoalannya sekarang,sekiranya Allah mengkehendakan “BARISAN RAKYAT”memerintah Malaysia kelak,sejauh mana kita perjuang-perjuang suara rakyat bersedia untuk menyedarkan rakyat luar bandar betapa pentingnya perubahan ini dan perubahan ini adalah ”BAIK” untuk negara dan yang akan merasai kesan baiknya adalah keseluruhan rakyat jelata tidak kira di Bandar atau di desa.


Akhir kata,kepada pemimpin-pemimpin BARISAN RAKYAT sekalian,andai Allah mentakdirkan kita berkuasa,jalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin bekerja lah kepada rakyat dan berjuanglah ke jalan Allah agar perjuangan kita akan sentiasa di berkati.


“salam suara rakyat”


PEMUDA INSAF(http://pemuda-insaf.blogspot.com)

"

No comments: