Wednesday, March 19, 2008

Apa kata mereka ?

Justeru radzi kena buktikan kepada UMNO dengan ketiadaan dia sebagai jentera UMNO akan memberi bekas. Menolak peranan Radzi berikutan dengan perletakan jawatan hasil daripara penyingkiran dalam kabinet, diakui oleh Muhd Taib (Ketua Penerangan) tidak menjejaskan parti , kerana UMNO ramai kakitangan dan UMNO akan menggantikan atau memilih orang lain bagi mengisi kekosongan berikut.

Sikap angkuh, bongkak, menafikan umbangan orang lain secara mudah, lupakan apa-apa jasa, perkecilkan apa-apa juga pimpinan lalu , adalah sebahagian agenda biasa UMNO. Maka tidak hairan dan peliklah jika Radzi meletakkan jawatan. Ia dianggap proses biasa UMNO. Kerana misi dan visi perjkuangan UMNO itu sudah jauh tersasar kerana sikap ikut dan turut-turutan adalah menjadi nadi misi dan visi perjuangan mereka.

Oleh itu, pemulis ingin berpesan kepada generasi muda jangan ada sedikitpun perasaan mahu menjadi ahli UMNO dan mahu mengUMNOkan diri dengan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan seperti yang dibuat oleh Asraf Wajdi Dusuki.




Pemimpin Umno Terkejut Radzi Letak Jawatan - Mat Tayson tak pelik pun ?

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemimpin Umno menyifatkan peletakan jawatan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad sebagai setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini adalah suatu yang memeranjatkan, tetapi yakin ia tidak akan menjejaskan kedua-dua parti.

Masing-masing yang ditemui juga menganggap keputusan Mohd Radzi itu harus diterima dengan hati terbuka kerana ia adalah hak mutlak beliau.

Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengunduran Mohd Radzi merupakan kehilangan besar kepada parti kerana Umno dan BN sedang berdepan waktu sukar dan memerlukan pemimpin yang berpengalaman untuk mengendalikan situasi itu.

"Beliau seorang yang berpengalaman luas dan waktu ini merupakan masa yang amat getir dan sukar. Sudah tentu ia bukan mudah (dan) kami pastinya memerlukan seseorang yang dapat mengendalikan situasi ini sekarang kerana keadaan tidak sebaik sebelum ini.

"Banyak tugas di peringkat akar umbi perlu dilakukan, banyak proses penyembuhan perlu dilakukan oleh parti. Saya percaya Radzi boleh melaksanakan tugas itu, jadi saya sendiri amat terkejut kenapa beliau meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita selepas ditemui selepas upacara angkat sumpah jawatan oleh menteri dan timbalan menteri di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru itu berkata bagaimanapun beliau berharap Mohd Radzi menimbangkan semula keputusannya itu.

"Tentu harapan kita mahu supaya beliau, kalau boleh, meneruskan kerja yang telah beliau buat pada masa lepas kerana banyak yang kita kena buat selepas pilihan raya ini," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun terserah kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sama ada mahu menerima atau menolak peletakan jawatan Mohd Radzi itu.

Ketua Perhubungan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib pula berkata peletakan jawatan Mohd Radzi tidak akan menjejaskan persiapan parti yang dijangka mengadakan pemilihan pimpinan tahun ini.

"Saya rasa tidak (takkan jejaskan persiapan parti kerana) kita mempunyai kakitangan yang cukup untuk membuat persiapan. Tinggal lagi mungkin kita akan mempunyai seorang setiausaha agung yang baru," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata peletakan jawatan oleh seorang pemimpin parti juga bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

"Cuma ia (peletakan jawatan) berlaku pada masa ini yang menyebabkan ia agak menonjol," katanya.

Ditanya sama ada peletakan jawatan oleh seorang pemimpin kanan Umno membayangkan Umno semakin rapuh sekarang, Muhammad berkata:"Tidak sama sekali."

"Tidak, tidak, tidak. Mungkin beliau mahu berehat," katanya dan menambah sepanjang menjadi setiausaha agung parti, Mohd Radzi telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan mereka menjalin hubungan kerja yang baik.

Mohd Radzi mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini dan memberitahu pemberita bahawa Abdullah menerima keputusannya itu.

No comments: