Tuesday, March 18, 2008

Ini Semua Laknan Semula ?

Satu ulangan sejarah atau episod lama, bila Pak Lah naik dengan bangga pada 2004 dia nak lawan rasuah. Kali ini dilakonkan maka distruktur semula , ramai menteri yang gugur. maka yang baru jadi menteri diminta isytihar harta. Baguhlah macam tu..... tapi tunggu apa kesannya. Kesannya tipu rakyat lagi. UMNO mana ada kemampuan untuk memerangi rasuah kerana kepala diatas tu.......

Jemaah menteri mesti buat deklarasi aset: PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa semua anggota Kabinet barunya dan timbalan menteri akan dimestikan membuat deklarasi aset mereka."Saya mahu aset mereka diketahui rakyat, itu yang penting," katanya kepada Bernama, di sini, Selasa.Abdullah berkata mereka akan diberitahu pada mesyuarat jemaah menteri yang pertama di sini, pada hari Rabu mengenai tempoh mereka perlu mengemukakan butiran aset mereka itu. Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu juga beliau akan menentukan apakah hala tuju kementerian masing-masing dan apa yang mereka perlu laksanakan."Saya juga akan nasihatkan mereka mengenai tata laku atau kelakuan mereka di mana mereka mesti memelihara integriti mereka. Itu yang paling penting," katanya.Abdullah berkata beliau juga akan menasihatkan anggota Kabinetnya mengenai apa yang mereka perlu patuhi dan perkara yang tidak harus mereka lakukan."Perkara yang patut dan yang tidak patut dilakukan akan diterangkan kepada mereka esok."Saya mahu mereka tahu apa yang saya harapkan daripada mereka dan bagaimana mereka patut mentadbir kementerian mereka," katanya.Perdana Menteri berkata beliau akan menegaskan kepada jemaah menterinya bahawa mereka dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat dan "inilah perkara yang saya mahu tekankan (esok)." BERNAMA

No comments: