Friday, March 14, 2008

Hakisan Kepercayaan ke atas Barisan Rakyat

Terbaru adalah cara DAP tangani situasi politik di Selangor, tindakan DAP minta supaya semua wakil berada dalam PBT terutama dalam DBKL , memberi implikasi bagai mengajar ketam berjalan. Cara penonjolan berita dan cara penampilan Teresa Kok kepada pemberita akan memendek kan kerajaan Barisan Rakyat.
Kegelojohan atau mahu bekerja cepat dan menyelesaikan permasalah secara cepat adalah bagus. Harapan rakyat berkecai , walaupun kita berjaya memenagi sebahagian kecil hati rakyat (terutama) para peniaga yang berada dalam lingkungan DBKL, namun implikasi besar kepercayaan rakyat jangkapanjang mergikan perjuangan jangkapanjang Barisan rakyat. Kesimpulan dan moralnya DAP terlalu gelojoh cara politik, kepercayaan rakyat makin terhakis dan mula membenarkan apa yang dimomok oleh UMNO dan BN.
Malah hari ini sahaja, 3000 orang Melayu berarak ke menara KOMTAR bagi membantah apa yang dinamakan penghapusan DEB. Walaupun 'hantu' toyol DEB itu tidak mengayakan orang Melayu teramai, namun keramat atau tangkal serta kepercaayaan DEB itu Melayu dan Melayu itu DEB sukar dicabut dalam kepala melayu-melayu asuhan UMNO BN. Justeru DAP wajar berhadapan kerana tindakan gopoh dan gelojohnya ?

No comments: