Friday, March 14, 2008

Beruk-beruk jalanan di KOMTAR ?

Selepas rakyat melakukan reformasi besar politik Malaysia. Landskap politik Malaysia bertambah menarik bilamana Raja-raja Melayu turut melakukan reformasi, terbaru merujuk Raja Perlis melantik MB Perlis. Shahidan Kassim ditunjuk jalan keluar walaupun telah menerima watikah serta restu daripada Pak Lah selaku PM (di mana sudah hilang integriti dan sepatutnya berundur sahaja).
Situasi gawat di Perak yang uar-uarkan media, tsunami di perlis dan mungkin mrebak ke Terengganu pula selepas ini. Ini maknanya petanda perubahan politik memberi isyarat jelas kepada UMNO BN maka nyawanya semakin nazak. Justeru Barisan rakyat perlu diberi laluan. Oleh iitu Barisan Rakyat perlu melihat ke hadapan dan mencatur politik jangkapanjang dengan berhemah dan cermat.
UMNO BN kini sedang memanipulasikan kenyataan DEB yang cuba dipinggirkan oleh KM Pulau Pinang yang baru. Justeru satu ketika demontrasi jalanan yang dianggap sebagai 'beruk' oleh menantu Pak Lah. maka beruk-beruk UMNO Melayu Pulau Pinang hari ini berhimpun dihadapan Komtar seramai 3,000 orang meracau-racau tak tentu hala bersuara di merata jalan.
Maka meminjam kata-kata raSHIT SPR tunjukkan kemarahan anda melalui 'peti-peti undi. Justeru beruk-beruk UMNO di Pulau Mutiara kenalah dengar nasihat raSHIT 4 tahun lagi kemarahan ditangguhkan dan tunggulah peti undi tahun 2012 lah. Apa rasonya.....

No comments: