Tuesday, March 18, 2008

Askar setia bertemu adik setia ?

Wartawan lupa dan terlepas pandang, dilaporkan askar setia UMNO kembali ke kabinet. Sebaliknya adik askar setia iaitu Khalid Samad MP Shah Alam yang menumbangkan lashakar UMNO zaman mantan PM juga turut ada di Parlimen. pertemuan adik abang dalam satu gelanggan bagi satu pihak mewakili pihak yang berlawanan. Ini adalah amat menarik yang mewarni senario olitik tanah air.
Walaupun askar dah kemabli , lihat juga pahlawan-pahlawan rakyat yang dihantar ke Dewan kali ini seramai 83 orang mewakili Barisan Rakyat, kita mungkin satu janji pertandingan yang hebat dari sudut perbahasan. Minta disiarkan secara langsung terutama melalui internet.
Ayuh kita ke Dewan Rakyat ......

Askar setia Umno kembali ke Kabinet .....

PUTRAJAYA: Selepas 19 tahun menjadi soldadu Umno, Datuk Shahrir Samad kini kembali ke dalam Kabinet dengan memegang jawatan Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ahli Parlimen Johor Baru itu kali terakhir berada dalam Kabinet pada 1987 sebelum diketepikan berikutan krisis "Team A dan Team B" di dalam Umno pada 1988.

Sehingga pagi Selasa, Shahrir masih sibuk bermain golf tanpa mengetahui bahawa namanya tersenarai di dalam senarai anggota Kabinet baru.

Beliau bagaimanapun bergegas pulang ke pejabatnya di Seri Hartamas untuk menonton televisyen mengenai pengemumuman senarai Kabinet baru secara terus menerus setelah mendapat panggilan telefon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberitahunya mengenai pelantikan beliau pada kira-kira jam 11 pagi.

"Ia sesuatu yang sangat memeranjatkan, tetapi juga menggembirakan. Setelah menjadi askar selama ini, saya terima ini sebagai satu hadiah," katanya ketika dihubungi.

Shahrir berkata, beliau menganggap tugas barunya itu sebagai sangat mencabar.

"Saya akan menumpukan perhatian bagi memastikan wujud sistem komunikasi yang baik antara kementerian saya dengan orang ramai bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai pelbagai isu kepenggunaan, terutama mengenai kenaikan harga," katanya.

Menteri Penerangan yang baru Datuk Shabery Cheek pula berikrar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan berikutan pencapaian yang kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum yang lalu.

"Saya agak terkejut tetapi berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah kerana memberi kepercayaan ini kepada saya," katanya sambil menambah beliau akan berusaha untuk memenuhi tanggungjawab lebih berat yang kini dipikulnya.

Sementara itu, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Jamaluddin Jarjis berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Abdullah menggugurkannya daripada barisan Kabinet kali ini.

Menurutnya beliau tidak kecewa dengan keputusan itu, sebaliknya akan terus berkhidmat kepada parti dan pucuk pimpinan negara di samping kepada penduduk di kawasan beliau di Rompin.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebelum ini," katanya.

No comments: