Thursday, January 03, 2008

Moralnya kita pilih jalan pilihan kita !!!!

Nada sayu Chua Soi Lek, walaupun mendapat simpati dan kita kira dia mulai sedar serta insaf. Dalam seusia begitu, dengan menjadi pemimpin memanglah banyak perhatian. Jika dia Cina tua dekat pekan Labis, atau doktor klinik dekat pekan Chaah tidaklah kes ini 'hebat' dapat liputan media. Malah videonya ditayangkan untuk 'tontonan umum' Maka orang berebut-rebut untuk menyaksikannya. Ini semua dek kerana statusnya, kedudukannya, jawatannya dan tempat yang diduduki itu 'begitu' maka dia kena terima hakikat dan reda.

Maka semua orang mengambil bahagian, 'membelasah', membantai, mempelupuhnya serta macam-macam mem... lagi. Pertama kes ini , adalah pengajaran kepada mana-mana insan yang bergelar pemimpin, kerana istimewa layanan, istimewa kemudahan rakyat beri, maka sepatutlah jangan marah rakyat persoal. Inilah namanya demokrasii. Jadi sekiranya kita melihat ada orang tidak bersih, tidak mulia, rasuah, lebih teruk. Kita jangan duduk dalam 'tong taik' tu. masuk ke dalam tong atau kumpulan serta gologan yang namapak bersih. Semua bukan salah orang, adalah salah kita. Kita yang memilih jalan kita, tidaklah pula orang tolong pilih jalan bagi pihak kita.




Chua: Silap besar saya kerja keras

PUTRAJAYA: "Kesilapan besar saya sejak datang ke Kuala Lumpur ialah untuk melaksanakan tugas saya sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden MCA," kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan parti semalam setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman DVD, salinan cakera itu disebar luas di Johor.

Ahli politik berusia 60 tahun itu berkata lawatan beliau untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui anggota akar umbi parti memberikan spekulasi bahawa beliau ada agenda politik, dan menjadi sasaran orang ramai untuk menjatuhkan karier politiknya.

"Sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden MCA, saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam politik peringkat nasional.

(Dr Chua ialah anggota Exco kerajaan Johor sebelum menjawat jawatan menteri persekutuan tiga setengah tahun lepas).

"Saya merasa bangga telah melawat lebih 100 hospital dan lebih 50 kemudahan kesihatan semasa saya menjawat jawatan menteri selama tiga setengah tahun," katanya pada persidangan akhbar di luar jadual di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini.


Dr Chua: Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden. (foto The Star oleh Azhar Mahfof)

Dr Chua berkata beliau terkejut apabila melawat sesetengah hospital, beliau terperanjat apabila diberitahu bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun telah beroperasi sejak lebih 30 tahun.

"Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan-santun tetapi bila saya lihat hospital tersebut ia adalah benar... tidak ada siapa yang pernah melawat hospital itu.

"Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sentul, Wangsa Maju... tidak ada ahli politik pernah melawat tempat kesihatan ini walaupun telah mula beroperasi dalam 60-an.

"Dan kerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi ...saya fikir itulah kesilapan terbesar saya," kata Dr Chua, yang nampak tenang semasa menjawab soalan daripada wartawan yang agak kasar.

Dr Chua berkata apabila beliau berpindah ke peringkat persekutuan, beliau mahu melawat dan melihat semua hospital di negara ini "untuk mengetahui keadaan sebenar dan di mana-mana anda pergi, anda akan bertemu dengan ramai anggota parti."

"Jadi ramai orang berprasangka buruk mengenai pergerakan saya, kenapa orang ini bekerja keras jumpa anggota... jadi beliau mestilah ada agenda politik. Dia mestilah bercita-cita tinggi."

"Ini bertambah buruk disebabkan akhbar. Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden.

"Akhbar membantu membunuh karier politik saya, secara jujur... jadi kebenaran ialah mata pena itu lebih tajam daripada pedang," kata beliau.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Dr Chua, seorang doktor perubatan, berkata beliau tidak berapa senang dengan "sikap sesetengah pemimpin dalam politik" tetapi ini tidak penting lagi kerana ia telah menjadi sejarah.

Ditanya jika beliau tahu musuh politiknya, Dr Chua menjawab dengan cepat dan tajam: "Orang yang berprasangka buruk dengan saya ialah orang yang akan mendapat kejayaan daripada berprasangka buruk dengan saya.

"Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang kata saya angkuh tetapi saya tidak fikir saya angkuh. Saya hanya beritahu anda perkara sebenarnya," kata beliau.

Dengan memberikan nasihat kepada bakal Menteri Kesihatan, kata beliau: "Jika anda naik terlalu cepat, anda mungkin terdedah kepada spekulasi... ini adalah realiti dalam politik."

"Saya setuju apabila sesetengah orang mengatakan ini ialah Menteri Neraka, bukan kerana kerja di kementerian itu tetapi disebabkan sistem politik, tetapi jika anda bekerja keras, orang ingat anda bercita-cita tinggi dalam politik atau anda ada agenda politik," kata beliau.

Dr Chua berkata beliau memahami realiti politik di negara ini bahawa apabila "anda bukan lagi seorang pemimpin politik, orang mungkin lupakan anda atau menjauhi anda."

"Kadang-kadang orang mungkin tidak mengenali anda lagi... saya telah lihat dengan mata saya sendiri bekas menteri yang menghadiri satu majlis tidak ada tempat duduk," kata bekas anggota parlimen Labis itu.


Dr Chua mengemas meja sebelum meninggalkan pejabatnya di Kementerian Kesihatan hari ini. (foto The Star)

Ditanya jika beliau akan berehat selepas episod pahit ini, Dr Chua berkata beliau akan bercuti rehat kerana ini bukanlah "yang menyayatkan."

"Adalah salah jika anda mengatakan apabila anda sangat terkilan anda hendaklah pergi bercuti. Itu salah... ia adalah preskripsi salah kerana apabila seseorang yang sangat terkilan dan pergi bercuti, beliau ada banyak masa untuk memikirkan dan membuat spekulasi dan yang akan meremukkan lagi perasaan ... bagi saya, saya tidaklah sangat terkilan.

"Saya telah mendedahkan kehidupan peribadi saya kepada semua 26 juta rakyat Malaysia mengenai kehidupan peribadi saya. Apa yang disedihkan. Saya telah meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan jawatan parti, apa lagi mereka mahu.

"Mereka tidak mungkin mengambil nyawa saya kerana perjuangan politik Malaysia bukanlah sesuatu pertempuran untuk hidup atau mati seperti di Pakistan," kata beliau.

Ditanya jika beliau akan melawat seluruh negara untuk menemui anggota akar umbi MCA, Dr Chua berkata beliau tidak akan berbuat demikian melainkan jika dijemput untuk sesuatu majlis.

"Mereka (pemimpin akar umbi) mestilah memahami jika saya melawat sekarang saya akan gunakan wang sendiri. Saya terpaksa memanggil dan menempah (penerbangan dan bilik hotel).

"Saya bukan tahu tempah tiket, bilik hotel... itulah kebenaran kerana saya telah menikmati kemudahan kerajaan ini sejak 18 tahun lepas.

Sejak saya menjadi Exco Johor sehingga sekarang... tetapi OK. Saya akan melakukannya sedikit demi sedikit. Itu sebahagian daripada kehidupan dan kini saya akan bergerak ke peringkat seterusnya. Lagipun, masih ada kehidupan selepas politik.

"Jika ada jemputan, saya akan pergi itu pun jika ada orang yang masih mengingati saya," katanya.

Dr Chua berkata beliau ke Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemas barang-barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan baru mungkin akan menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini.

Beliau juga mengulangi bahawa pengedaran DVD seks bukan disebabkan persaingan perniagaan kerana beliau tidak pernah terbabit dalam perniagaan.

"Ia tidak ada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam perniagaan... ia tidak ada kaitan dengan wang kerana tidak ada siapa yang meminta wang daripada saya... jadi yang lain biarlah orang memikirkannya.

"Siapa musuh saya, saya sebenarnya tidak tahu. Tetapi saya seorang ahli politik dan ahli politik ada musuh dan penyokong, ini tidak ada siapa yang boleh menafikan.

"Tetapi seperti yang pernah saya katakan, saya tidak akan meneruskan ini (merakam dan mengedar DVD) kerana ia tidak ada kesudahan. Saya tidak tahu siapa yang buat.

"Polis juga menghadapi kesukaran kerana ia dibuat kira-kira lapan bulan lepas... jika anda lihat pita itu, tarikh ada juga.

"Polis telah meminta beliau memberikan kenyataan mengenai perkara itu apabila saya ada masa," tambah Dr Chua. BERNAMA

No comments: