Tuesday, January 08, 2008

Bravo PMN teruskan usaha anda yang murni tu ?

Pertama kali dalam sejarah negara selepas 50 tahun, lahir gagasan mahasiswa yang 'membentuk' sebuah pakatan politik bagi mencabar kepimpinan BN atau parti parti politik lain. Maknanya UMNO BN tidaklah boleh lagi mendakwa mereka sahaja yang pandai memerintah negara, manifestasi cabaran oleh PMN ini adalah sebagai bukti.

Harapan kita kepada PMN kita galakkkan inilah namanya demokrasi, kita tidak menghalang, janganlah jangan nanti anda sebagai 'perkakas' atau alat atau kuda tunggangan parti pemerintah sudah, kerana daya uji dan daya tahan anda tiada, jika parti-parti pembangkang ada base atau dasar yang diperjuangkan secara jelas, anda sekadar 'menyampah' dengan kepimpinan parti-parti politik di Malaysia ni. Apa pun syabaslah !!!!!!




Kumpulan mahasiswa mahu letak calon bebas

PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka Parti Mahasiswa Negara (PMN) malahirkan hasrat meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini.

Jurucakap kumpulan itu Meor Ispandi Meor Azizan mendakwa gerakan itu menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara.

"Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.

"Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalaman tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.

"Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak," dakwanya.

Beliau mengetuai kumpulan hampir 50 mahasiswa menyampaikan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibupejabat suruhanjaya itu di sini Isnin.

Kumpulan itu bagaimanapun gagal menemui Pengerusi dan ahli-ahli SPR kerana mereka kini mempunyai urusan rasmi di Sabah dan dijangka pulang lewat petang.

Menurut Meor, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik.

Kumpulan itu, dakwanya, kini dalam proses untuk mendaftarkan parti mereka sebagai sebuah pertubuhan siasah dan sekarang bergiat atas nama persatuan.

Beliau juga menggesa kerajaan agar mengambil berat tentang hak-hak rakyat memandangkan kekerapan berlakunya perarakan dan demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.

Bagi parti pembangkang, katanya, mereka perlulah memainkan peranan lebih baik sebagai penstabil kepada kerajaan sedia ada.

Beliau menegaskan bahawa gerakan itu yakin bahawa telah wujud keinginan di kalangan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam lanskap politik negara, tetapi kekangan dan dinding penghalangnya terlalu tebal menyebabkan kekalnya status quo sehingga hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan itu akan mengerahkankan penyokongnya pada pilihan raya akan datang bagi menyedarkan rakyat bahawa kecenderungan memilih Barisan dan parti-parti pembangkang sedia ada sudah tidak lagi sesuai dengan masa.

No comments: