Wednesday, January 09, 2008

Bencana akhir di tangan Kemterian pelajaran , aktiviti agama islam diharamkan?

Semalam dalam web blog bakistani, dikepilkan bukti surat pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, yang intipati surat pekeliling 3 oktober 2007 melarang tidak melaksana atau menganjur aktiviti-aktiviti serta program murid-murid sekolah rendah menengah yang mempunyai SEGreGASI kaum.

Maknanya selepas 50 tahun, merdeka selepas penjajah dengan berwajahkan wajah seperti kita rakyat teramai, pemerintah yang seagama MENGHARAMKAN aktiviti baca doa, tahlil, ceramah, bacaan yasin di sekolah-sekolah terpakai kononya yang berbilang kaum.

Inilah malapetaka yang besar, Malaysia sedang atau ke arah menuju negara SEKULAR totok, dan rakyat perlu disedarkan dalam buaian mimpi-mimpi indah dengan pelbagai koridor serta nikmat-nikmat dunia , kerana negara kita belum bangkrap.

Moralnya, bawah Pelan PIPP 2007 bawah Pak Lah kementerian Pelajaran yang ditukarkan daripada Pendidikan membuat satu lagi ,projek bodoh, selepas mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Orang dan kumpulan yang dungu idea ini kita mahu rakyat tolak. Dalam masa yang sama mereka mahu membina modal insan yang berteraskan 'tahi kucing'.

Modal insan macam mana instrument dalaman tidak diwujudkan, yang dah ada dilonggarkan dan mahu dicabut. Maknanya cerdik pandai kita yang ada di Kementerian Pelajaran bila terlebih pandai merangka dan menysun untuk menjaga kaum, aktiiviti agama di tiada, aktiviti tari menari, joget, hiburan itu ini serta karakoke wajib diadakan kerana 'penyertaaan' daripada semua kaum dapat turut serta. Aktiviti baca yasin ditiadakan kerana tidak dapat diikuti oleh semua kaum.

Inilah bencana akhir zaman ?




klik dua kali pada gambar untuk lihat isi kandungan surat)

lampiran A

Lampiran B

No comments: