Tuesday, January 01, 2008

Amaran angin kencang

Amaran angin kencang

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Angin kencang timur laut selaju 60 hingga 70 km sejam dan ombak setinggi 5.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Kudat dan Sabah Barat mulai hari ini hingga Sabtu.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan pelantar minyak.

– Bernama

No comments: