Kembali Ke Sekolah ' Begitulah kain rentang ,banner mula menghiasi kedai - kedai di seluruh negara bagi menyambut musim persekolahan akan bermula untuk sesi 2008. Apa pun ibubapa masih tertanya-tanya dengan pengumuman Bajet 2008, bahawa kerajaan akan memansuhkan yuran persekolahan pada masa-masa akan datang.
Namun, harapan menggunung itu ternyata meleset, bilamana ibubapa sudah dapat list bayaran yuran persekolahan tambahan yang tuntutan bayarannya tetap sama seperti tahun-tahun sbelumnya. Jumlah bayaran yang dikenakan ratusan ringgit juga ,bagi setiap individu , Namun apa pun ibubapa tertipu dengan mainan istilah-istilah.
Mana ada janji pendidikan percuma dan yuran percuma. Itu adalah mainan politik kerajaan BN sahaja. Memang mereka (BN) suka permain-mainkan perasaan rakyat. Dan memang rakyat sudah ke sekian kali dimain-mainkan oleh kerajaan. Haruslah semua rakyat sedar akan hal ini.
Jangan mudah tertipu, ubah jangan tak ubah.... bila lagi ? Lagi 50 tahun lagi ke ?
KETIKA ibu bapa sibuk membuat persiapan persekolahan sesi 2008, mungkin timbul kekeliruan mengenai pemansuhan yuran yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2008. Kebarangkalian ibu bapa tidak memahami mengenai istilah yuran dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah mungkin berlaku.
Penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran sudah memadai dan penerangan itu boleh memudahkan pihak sekolah untuk berurusan dengan ibu bapa ketika sesi persekolahan 2008 bermula.
Tetapi yang sedihnya, ada ibu bapa yang masih gagal untuk memahami istilah yuran dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh sekolah. Ini adalah lanjutan dari surat edaran dari sekolah sebelum cuti akhir tahun mengenai senarai bayaran yang perlu disediakan oleh pelajar ketika melapor diri pada sesi persekolahan 2008.
Banyak suara dan rungutan kedengaran mengenai kadar bayaran tersebut, sedangkan pada anggapan ibu bapa yuran sudah dimansuhkan tetapi terpaksa menyediakan ratusan ringgit lagi untuk seorang anak. Ada baiknya untuk kita terus memberi penjelasan supaya tidak timbul kekeliruan, salah faham dan sebagainya.
Pada 1 Januari 2008, ibu bapa tidak lagi dikenakan bayaran yuran khas iaitu, RM4.50 untuk murid di sekolah rendah dan RM9 untuk pelajar sekolah menengah. Pemansuhan yuran itu hanya melibatkan sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Ini bermakna ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah swasta akan terus membayar pelbagai yuran seperti biasa.
Pemansuhan bayaran yuran itu bermakna pihak kerajaan akan menanggung kos pembiayaan seperti kemudahan peralatan sukan, perpustakaan, seni lukis dan pertukangan tangan melalui Geran Per Kapita (PCG).
Jadi, bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, pengecualian bayaran amat kecil dan ibu bapa masih perlu membayar sejumlah wang untuk pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah. Jangan terkejut jika jumlahnya masih mencecah ratusan ringgit.
Pihak Kementerian Pelajaran melalui Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 13/2007 telah menggariskan dengan jelas tentang pakej bayaran tambahan dan butir-butir yang dianggap sebagai perkhidmatan dan kemudahan tambahan yang bakal dikenakan bayaran oleh pihak sekolah.
Apa yang dimaksudkan dengan bayaran tambahan ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah dengan persetujuan dan pandangan guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Semua bentuk perkhidmatan dan kemudahan tambahan tersebut adalah atas cadangan dan pengetahuan Kementerian Pelajaran sendiri. Pihak sekolah dilarang untuk mengenakan apa-apa bayaran tambahan tanpa pengetahuan, kebenaran dan kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pihak ibu bapa dan waris masih perlu menjelaskan bayaran tambahan tersebut dan bukannya yuran.
Jelas sekali bahawa pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya meletakkan sejumlah bayaran tanpa ada garis panduan dan arahan dari pihak Kementerian Pelajaran. Ibu bapa diminta untuk memahami situasi perjalanan pengurusan sekolah yang semakin rumit dan sentiasa terdedah kepada pelbagai permintaan serta desakan.
Ibu bapa perlu memahami bahawa semua program tambahan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan perkembangan sahsiah pelajar tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran. Justeru, sejumlah bayaran tambahan dikenakan untuk menampung keperluan tersebut.
Adalah diharapkan tidak ada unsur salah sangka atau keliru di kalangan ibu bapa, seterusnya melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak sekolah. Sekolah adalah pusat untuk perlaksanaan segala dasar Kementerian Pelajaran bukannya pusat penggubal dasar-dasar yang boleh menyusahkan ibu bapa. Kefahaman dan sikap tolak ansur yang tinggi diperlukan bagi memastikan segala dasar yang dirangka untuk kebaikan para pelajar mampu diterjemahkan dengan mudah.
No comments:
Post a Comment