Friday, November 16, 2007

Melihat telatah pimpinan negara dalam media selepas 10 November hingga ke hari ini, cukup teruja. Ini adalah para juhalak negara Malaysia Islam Hadhari cukup melenting dengan kejadian Himpunan Bersih tersebut. Rata-rata menjadi gila dan sasau dek kebangkitan rakyat, tambahan pula disokong dengan dengan kepandiran Khir Toyo MB Selangor Maju 'menghadiahkan' penyapu dalam majlis rasmi kepada semua YDP PBT dalam Selangor, maka tak sikitlah para pegawai kerajaan khusus di Selangor cukup marah.


Seandainya jika disaksikan telatah Nazri Aziz menteri di Jabatan PM, bangun dan bingkas memperbodohkan pemimpin NGO dan pembangkang serta semua yang hadir, memaparkan satu akhlak yang 'memualkan' yang malu kita sebagai melayu islam, macam ni kah pemimpin yang dilahirkan melalui acuan sisitem pendidikan kita yang maju 50 tahun merdeka. Bandingkan kelakuan Nazri Aziz dengan orang bukan Islam di Malaysia, macam mana kita rasa ?

No comments: