Friday, October 19, 2007

Rating akhbar Malaysia oleh RSF ?

Menteri Penerangan minta kita rakyat Malaysia ketepikan nilaian gred rating kebebsan akhbar yang dibuat oleh Reporters Without Bordes (RSF). Katanya , nilai itu adalah nilai Barat, tapi dalam hal rating rasuah dia terima pula yang dibuat oleh Barat, sama juga dengan debaran rating kepada IPTA kita, nak lihat rating Universiti Malaya (UM) daripada 200 IPT seluruh dunia. Berbalik kepada isu di atas, inilah namanya ' kepala masuk air pemimpin kita'. Bila sesuatiu kes kita diminta berlapang dada, 360 ribu sisiwazah menganggur dah depan mata, nak juga hantar angkasawan seorang dengan megah berhabis ratusan juta, manakala 11 juta petang tanpa izin yang masuk menguasai semua disiplin dan sektor pekerjaan, rakyat bising kerajaan diam saja. Malah negara kita macam-macam ada ni ........
Ikuti laporan Bernama oleh Zam Menteri Penerangan kita .
"Zam gesa rakyat Malaysia ketepikan rating kebebasan akhbar oleh RSF".

Rakyat Malaysia dan Asia perlu mengenepikan rating kebebasan akhbar yang dibuat oleh Reporters Without Borders (RSF) yang berpejabat di Paris kerana badan itu bukan hakim bagi nilai-nilai tempatan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini.

Beliau berkata, rating itu adalah berasaskan nilai kebebasan akhbar Barat yang umumnya didorong oleh pasaran dan wang.

Pengumuman indeks oleh RSF baru-baru ini menyaksikan rating Malaysia pada tahun ini jatuh ke tempat ke-124 daripada ke-92 pada 2006 manakala Singapura di tempat ke-141 daripada ke-146 sebelum ini.

Zainuddin berkata, dalam satu kenyataan bahawa beliau memuji cara bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew “melawan nilai kebebasan akhbar Barat” dan telah menang dalam kes terhadap kebebasan akhbar yang diamalkan oleh akhbar di London, Financial Times (FT) baru-baru ini.

Pada Rabu, FT memohon maaf kepada Lee dan anggota keluarganya, dan bersetuju membayar ganti rugi bagi dakwaan palsu dalam sebuah artikel yang menyinggung perasaan yang disiarkan dalam FT Weekend isu 29 Sept dan juga boleh didapati secara online.

Zainuddin berkata: “Bagi saya, hanya satu bahasa difahami oleh media apabila mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar ganti rugi.”

Mengambil tindakan undang-undang dan memenangi kes, katanya, Lee telah membuktikan kepada dunia bahawa media Barat mementingkan wang daripada kebebasan akhbar.Katanya, ini juga menunjukkan bahawa pasaran yang mengawal nilai kebebasan akhbar yang diamalkan oleh media Barat dan bukannya kebebasan dalam erti kata sebenar.

“Kebebasan yang diamalkan oleh mereka hanyalah retorik dan nilai sebenar mereka ialah wang dan bagi diri saya, satu-satunya cara untuk melawan nilai kebebasan akhbar Barat ialah dengan mencontohi cara Lee Kuan Yew,” katanya.

Zainuddin berkata, rakyat Malaysia dan Asia tidak perlu bimbang dengan penurunan dalam ranking kebebasan akhbar di Malaysia kerana ia tidak mencerminkan kebebasan akhbar yang sebenarnya di negara ini.

Menteri itu berkata, Lee, dalam ucaptamanya pada Persidangan Tahunan Persatuan Peguam Antarabangsa di Singapura pada 14 Okt, berkata rakyat Singapura mempunyai akses yang luas kepada maklumat dan mereka bebas mengadakan blog dan berbuat apa sahaja yang mereka suka tetapi menegaskan isu kaum, bahasa dan agama perlu dikendalikan dengan lebih sensitif.-Bernama

No comments: