Tuesday, October 23, 2007

PTPTN kita ?

Buliten TV3 semalam memaparkan Pak Lah semasa satu majlis perasmian Pusat Pentadbiran manjoi di Perak mengumumkan bahawa kerajaan masih ada duit dan tidak membazir bilamana mempertahankan usaha kerajaan menghantar angkasawan rakyat Malaysia, walaupun menumpang Rusia.


Pada hari ini, dalam Utusan Malaysia lihatlah macammana kerajaan yang ada duit berbelanja untuk program pembangunan dan kesejahteraan rakyat kononnya, mempertahankan mati-matian caj 4 pertus PTPTN yang membebankan para pelajar atas pinjaman pelajaran mereka. Mana istimewa, mana tuntutan agama terhadap orang yang menuntut ilmu.

Justeru, retorik menatakan kerajaan ada duit, masih berduit, apa perlu menaikkan harga barang, kenapa tidak diambil usaha menyekat. Jenis kerajaan apa yang mentadbir negara , jika tiada kuasa.

Berbalik kepada isu pendidikan dan berita daripada menteri PTPTN yang disiarkan pada hari ini.

Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN

PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus.

“Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN.

Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan “kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus.”

Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan.

“Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik.

“Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama

No comments: