Saturday, October 06, 2007

Kesan Kebanjiran Pekerja PATI ke negara kita !!!

Pepatah bahasa Melayu ibarat kera dihutan disusukan, naka di rumah mati kelaparan. Begitulah sikap kerajaan kita , dalam soal memberi kesejahteraan sosial kepada rakyat sendiri. Ini berlaku berikutan dakwaan sebuah kesatuan sekerja yang seperti di laporkan.

Kesatuan Kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (Maseu) menerima banyak panggilan daripada penduduk tempatan yang menganggur, menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perkembangan terbaru dan amalan beberapa majikan mengambil pekerja asing di lapangan terbang.

Setiausaha Eksekutif Maseu, Mustafar Maarof berkata, kesatuan itu diberitahu oleh mereka ini bahawa mereka telah memohon untuk bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, tetapi tidak berjaya.

“Tindakan para majikan mengambil pekerja asing telah menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan sementara sesetengah pekerja asing ini telah menyumbang kepada masalah sosial dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilan pekerja dijalankan oleh beberapa syarikat swasta yang dilantik Penerbangan Malaysia (MAS), bagaimanapun notis mengenai kekosongan tidak diedarkan atau disiarkan dalam mana-mana akhbar tempatan, kecuali kekosongan bagi jawatan pengurusan dan pentadbiran.

Beliau berkata, Maseu menggesa kerajaaan, MAS dan Malaysia Airports Holding Berhad (MAB) supaya meneliti segera perkara ini.

Mustafar berkata, kini terdapat hampir 1,000 pekerja asing yang terlibat secara langsung di bawah operasi MAS yang diambil bekerja oleh syarikat swasta atau vendor yang dilantik MAS dan para pekerja asing ini bekerja di bahagian penyampaian bagasi, penghantaran bagasi ke pesawat, Kargo Mas dan sesetengah mereka digaji sebagai pemandu trak angkat susun.

Semalam, Maseu menggesa kerajaan supaya mengurangkan jumlah pekerja asing yang dibawa masuk oleh syarikat swasta yang dilantik MAS di KLIA, terutama di kawasan berisiko tinggi.

– Bernama

No comments: