Sunday, September 09, 2007

Antara Himpunan Pertahankan Babi dengan Pertahanakan Islam ?

Antara himpunan penternak babi dengan himpunan kebenaran di Kuala Terengganu, manakah yang lebih mulia ? Lihatlah keberanian kerajaan Islam Hadhari yang disanjungi oleh Goerge Bush presiden AS.

Diberitakan , polis dengan pasukan FRU bertindak 'tegas' terhadap himpunan seramai 500 orang di Kuala Terangganu, ikui laporan UM.. di tambah nilai berita kumpulan parti pembangkang ini merusuh .. Lebih 500 merusuh

Lebih 500 orang dipercayai pengikut parti pembangkang merusuh dan bertindak agresif terhadap anggota polis setelah diarahkan bersurai daripada satu perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud di sini malam ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata perhimpunan haram itu bermula pukul 10 malam tetapi orang ramai enggan bersurai setelah diarahkan berbuat demikian, sebaliknya bertindak agresif dengan melemparkan pelbagai objek seperti batu dan bom molotov ke arah anggota polis, 15 minit kemudian.

“Ekoran itu, polis terpaksa bertindak tegas dengan melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air ke arah perhimpunan haram itu dan sehingga pukul 12 malam ini mereka masih enggan bersurai,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seramai 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan.

Ayub berkata polis sebelum ini telah memanggil pihak penganjur yang bertanggungjawab membawa Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Khalid Ibrahim serta beberapa penceramah lain termasuk Naib Presiden Pas Mohamad Sabu, Anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP yang dijadualkan berceramah dalam perhimpunan itu, bagi membincangkan soal permit.

Bagaimanapun, sehingga pukul 6 petang, pihak penganjur gagal hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen

Ekoran rusuhan itu, beliau berkata seramai 13 orang ditahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan setakat ini, kerana bertindak ganas melemparkan batu, bom molotov serta pelbagai objek lain ke arah polis.

Seorang anggota polis berpakaian preman turut tercedera di kening akibat dibaling batu.

No comments: