Saturday, September 08, 2007

Alahai, berapalah sangat bonus nak diberikan kepada kakitangan , yang ibarat seperti tidak 'bertangan' bila tiba menjelang buka sekolah dan hari raya. Walaupun namapak rezeki itu masuk ke kakitangan, namun tidak semua 'bonus' itu menjadi hak milik kakitangan sahaja, maka banyak lagi kaki-kaki dan tangan-tangan yang perlu dibantu.. Pendekata bonus itu diperlukan oleh kroni-kroni yang lain spt ibubapa mereka, adik beradik yang susah dan memang payah, seterusnya anak-anak saudara , yang sememang mengharapkan pak cik atau mak cik yang duduk kat KL katakan dapat 'hulur'2 sikit.


Maka lemah lah jiwa kakitangan bila diumumkan "Tiada bonus sektor awam sebab gaji naik".

Kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi kakitangan awam serta kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus Julai lepas bagi anggota polis dan tentera boleh dianggap sebagai satu bonus bagi mereka.

Menteri Kewanngan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata justeru, kerajaan berpendapat tidak perlu lagi bayaran bonus kepada kakitangan awam tahun ini.

"Kalau kita lihat bagi tahun ini bermula bulan Julai, kenaikan gaji telah dilaksanakan.

"Dan kalau kita melihat kenaikan jumlah gaji tambahan yang diterima pada tempoh enam bulan ini mulai Julai, kita nampak kalau dikira sebagai bonus, ada yang dapat sebanyak empat bulan bonus bagi kumpulan sokongan dan ada juga menerima dua bulan bonus.

"Kecuali JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) dia kurang sikit tapi pendapatan dia banyak," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung dari Kementerian Kewangan menerusi RTM 1, pagi ini.

Beliau berkata oleh kerana jumlah dana yang ada adalah terhad, dan banyak keperluan, kerajaan harus penuhi daripada segi pembangunan luar bandar, membina jambatan, pendidikan dan lain-lain lagi.

"Melalui kenaikan gaji ini, kerajaan telah memberi satu peruntukan yang begitu besar iaitu RM8 bilion tiap-tiap tahun.

"Jadi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk semua sektor, semua warga, kita berpendapat bahawa jumlah dana yang ada harus dimanfaatkan pada bidang-bidang prioriti yang lain," katanya.

Nor Mohamed berkata demikian ketika ditanya tentang ketiadaan bonus bagi 1.2 juta kakitangan awam dalam pembentangan Bajet 2008 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Kakitangan awam menikmati bonus pemberian kerajaan pertama kali pada 1993 yang menyaksikan seramai 850,000 kakitangan awam menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM400 dan sejak itu terus menikmatinya.

Nor Mohamed juga meminta syarikat milik keajaan (GLC) agar meneruskan usaha bersama kerajaan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin.

Ketika menjawab soalan seorang penonton beliau berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam bajet tahun ini dalam menjayakan usaha menghapuskan kemiskinan biasa dan kemiskinan tegar.

Katanya ini dilakukan menerusi pelbagai program termasuk membina rumah dan jalan di kampung serta menyediakan kemudahan elektrik dan air bersih kepada golongan itu.

Mengenai golongan Orang Kurang Upaya (OKU), yang ditanya oleh seorang lagi penonton, Nor Mohamed berkata kerajaan tidak lupa tentang nasib mereka dalam Bajet 2008.

Beliau berkata selain penambahan elaun bulanan yang diumumkan semalam, kerajaan juga akan memberi pengecualian cukai bagi majikan yang mengubahsuai premis mereka bagi menempatkan pekerja OKU.

Menerusi cara ini, katanya kerajaan berharap majikan dari sektor swasta akan memberi prioriti kepada jawatan tertentu untuk disandang oleh golongan OKU.

Beliau berkata kerajaan juga berharap majikan swasta akan mengambil kakitangan dari semua komposisi kaum seperti Melayu, Cina, India serta kumpulan etnik yang lain sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka memberi peluang pekerjaan kepada semua kaum di negara ini.

"Ini penting kerana kerajaan tidak mahu melihat sektor swasta hanya mengambil kakitangan dari golongan tertentu sahaja," katanya. BERNAMA

No comments: