Wednesday, September 05, 2007

Ahli Parlimen BN paling kerap ke luar negara, belanja wang rakyat!


Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tersenarai sebagai wakil rakyat yang paling kerap ke luar negara dilihat ramai pihak lebih mementingkan tugas luar negara yang lebih berprestij berbanding daripada tugas membela rakyat yang miskin yang amat memerlukan pembelaan mereka ini.


Walaupun ianya tugas rasmi namun disifatkan sebilangan rakyat lebih menyeronokan kerana boleh melancong secara percuma, di samping menikmati pelbagai elaun yang dibayar menggunakan wang rakyat jelata.

Laporan kekerapan ke luar negara ini berdasarkan jawapan lisan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, yang menjawab soalan YB Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah, Perak) bertanyakan Ahli Parlimen mana yang kerap ke luar Negara menjalankan tugas-tugas rasmi mewakili pihak kerajaan.

Dr Rozaidah Talib (BN-Ampang) dilihat sebagai ahli parlimen BN yang paling kerap keluar negara untuk tugas rasmi sebanyak 11 kali selama tiga tahun dan jumlah elauan perjalanannya mencecah RM141,391.66 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.

Selain itu antara 10 tersenarai ahli parlimen BN kerapa ke luar negara ialah Dr Junaidy Abdul Wahab (BN-Batu Pahat) sebanyak lapan kali dan elaun perjalanannya ialah RM60,812.27, Dato' Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat) (8 kali - RM69,440.72), Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (BN-Arau) (6 kali - RM38,659.28) dan Dato'Dr Raman Ismail (BN-Gombak) (5 kali - RM116,834.26).

Manakala Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut), (4 kali - RM100,955), Dato' Tan Lian Hoe (BN-Bukit Gantang) (3 kali- RM9,597.50) and Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) (3 kali- RM33,686.80), Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN-Santubong) (2 kali - RM14,312) dan Razali Ibrahim (BN-Muar) (2 kaliRM17,395.75). - mr

No comments: