Hari-hari terakhir Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan tanda pelik dan gusar, bahawa wanita atau pompuan semakin ramai di IPTA dan IPTS atau mana-mana pusat pengajian tinggi, Maka kesannya banyak kean, antaranya ditakuti ramai wanita akan menjadi andartu, adapulak seorang NC sebuah IPTA wanita yang cadangkan pada masa depan lelaki menjadi suri rumah sepenuh masa dan perempuan yang berkualiti ini keluar mencari nafkah atau bekerja. Sokong pula di Sharizat.
Semua yang mahu dipolimikkan itu, perlu kembali kepada dasar. Kita buatlah macam manapun, samada besarkan kouta pelajar lelaki ke IPT, kecil ke, jika kita menolak ketentuan Tuhan, kita adalah manusia yang ada akal dan tidak mahu berfikir. Lumrah di atas adalah menendakan sudah sampai dunia ini ke akhir zaman, di mana tanda-tanda kecil sudah banyak dan tidak terhitung. Memanglah akhir zaman perempuan semakin ramai, tambahan pula lelaki yang ada khususnya yang Melayu Islam menjadi penagih dadah, tidak minat belajar kerana terlalu asyik dan khayal dengan impian serta angan-angan untuk menjadi senang sekelip mata tanpa perlu bersusah payah. Maka inilah balasannya, Allah akan musnahkan bangsa itu dan digantikan dengan satu bangsa lain yang lebih taat dan mahukan Islam daripada bangsa kita.
SEMALAM wanita Malaysia menyambut Hari Wanita Kebangsaan yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kejayaan wanita negara ini memang sangat dibanggakan walaupun masih banyak ruang boleh diperbaiki. Misalnya, dalam mengisi 30 peratus pembuat dasar di kalangan wanita mungkin masih belum berjaya, namun usaha ke arah itu mesti diteruskan.
Wanita memang pintar, jika tidak takkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed semakin bimbang dengan jumlah wanita di pusat pengajian tinggi (IPT) yang di sesetengah IPT mencapai angka 80 peratus berbanding lelaki. Sewajarnya masyarakat juga bimbangkan perkara ini kerana sesetengah masalah sosial yang melanda ketika ini berpunca daripada ketikdakseimbangan ini.Umpamanya masyarakat mulai bimbang semakin ramai wanita akan menjadi andartu kerana enggan mengahwini lelaki yang rendah kelulusan daripada mereka atau lelaki yang kurang ‘kualiti’. Mana perginya lelaki bijak, sehingga kuota untuk mereka ke IPT terpaksa dibesarkan. Walaupun menteri berkenaan masih belum menjelaskan kaedah yang akan digunakan, timbul juga sedikit kecewa bila membacanya kerana wanita terpaksa beralah untuk membenarkan lelaki ke IPT.Memang sejak kecil wanita sudah dilatih berkerja lebih kuat. Anak perempuan bukan saja ke sekolah, mereka juga terpaksa membantu ibu menjaga adik atau membuat kerja rumah sedangkan lelaki dibiarkan bermain atau lepak. Walaupun ada ibu bapa zaman ini sudah mengubah senario ini, masih ramai mengikut rentak lama.Selepas belajar dan kemudian bekerjaya serta berumah tangga, isteri terpaksa membuat dua kerja, di pejabat dan di rumah. Beban wanita selalunya dua kali ganda daripada lelaki dan kerana itu mereka lebih tahan lasak dan lebih berdaya saing dan tidak mudah menyerah kalah.
No comments:
Post a Comment