Kita amat berasa malu, dengan kuasa yang ada dengan Islam yang dipegang atau dianuti. Kita dipersoalkan, yang mempersoalkan itu adalah yang bukan Islam dan bukan Melayu. Pagi tadi penulis ikuti kuliah subuh TV3 yang diceramahi oleh Ust Mahmud Mat, antara kuliah pagi tadi banyak benda yang boleh dikongsi, penulis harap pemimpin2 yang ada kuasa peringkat mana sekalipun , wajar fahami dan hayati.
Antara kata-kata dan pesan ustaz Mahmut Mat, pemimpin jangan berbangga-bangga dengan pangkatnya, ingat ia adalah satu amanah yang amat berat. Diceritakan seorang wazir zaman Umar yang dilantik, selalu pengsan, selalu murung dan menyendiri bila segala masalah diajukan daripada rakyat kepada beliau , bilamana ia dilantik atau menjadi sebagai seorang pemimpin. Walhal umum mengetahui sebelum memegang jawatan wazir itu beliau adalah seorang yang sihat, periang dan amat mudah urusan hidupnya.
Antara kata-kata dan pesan ustaz Mahmut Mat, pemimpin jangan berbangga-bangga dengan pangkatnya, ingat ia adalah satu amanah yang amat berat. Diceritakan seorang wazir zaman Umar yang dilantik, selalu pengsan, selalu murung dan menyendiri bila segala masalah diajukan daripada rakyat kepada beliau , bilamana ia dilantik atau menjadi sebagai seorang pemimpin. Walhal umum mengetahui sebelum memegang jawatan wazir itu beliau adalah seorang yang sihat, periang dan amat mudah urusan hidupnya.
Apabila ditanyai oleh Umar mengapa beliau jadi gutu. Jawab beliau, ia amat takut dengan amanah tersebut, bimbang masalah rakyat tak dapat diselesaikan, ditanya kenapa menyendiri, beliau berbuat demikin justeru takutnya beliau dan melakukan zikir bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Maka banyak lagi pesan-pesan Ustaz Mahmut Mat, minta TV3# ulang kembali siarannya.
Persidangan Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke sebelas kecoh selama 20 minit, gara-gara ketidakpuasan hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Kota Laksamana-DAP), Betty Chew Gek Cheng di mana soalan lisan yang sepatutnya berada di tempat pertama, akhirnya diletakkan pada soalan yang ke-58.
Keadaan Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, bertambah gamat lagi, apabila ADUN (Banda Hilir-DAP), Goh Leong San turut bangun mengambil bahagian kerana tidak berpuashati dengan soalan lisan yang dihantar olehnya, diletakkan pada soalan ke-48.
Menurut Betty, soalan lisan itu adalah mengenai lawatan delegasi Negeri Melaka ke Amerika Latin yang diketuai oleh Ketua Menteri bersama 28 orang.
"Saya ingin tahu berapakah kos yang digunakan, siapa yang ikut dalam rombongan itu dan apakah kaitan serta keperluannya.
"Mereka bertujuan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan saya sebab itu, apabila tiba giliran saya menyoal, Dato' Seri Ali Rustam dengan mudah mengatakan bahawa soalan tersebut telah dijawab sebelum itu, ketika soalan yang diajukan oleh ADUN (Bemban-BN), Dato' Chong Tam On.
Kedua- dua ADUN DAP itu mempertahankan hak mereka yang akhirnya telah diarahkan oleh Speaker DUN, Dato' Mo'min Abdul Aziz supaya duduk.
"Sebelum ini pun soalan-soalan dari ADUN DAP kita terima dan masalah kedudukan soalan sepatutnya tidak perlu timbul dan dibangkitkan dalam dewan.
"Saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran," katanya ketika meleraikan kekecohan tersebut.
Kekecohan kedua-dua ADUN itu, turut menarik minat ADUN (Serkam-BN), Dato' Wira Ahmad Hamzah; ADUN (Gadek- BN), Dato' Abdul Ghafaar Atan dan ADUN (Telok Mas-BN), Dato' Amid Nordin.
Ketiga- tiga wakil rakyat tersebut meminta agar persidangan dewan bermula dan tidak menghiraukan kekecohan yang dibawa oleh kedua- dua pemimpin DAP itu. - mks
No comments:
Post a Comment