Tuesday, July 10, 2007

Sekali lagi rakyat Malaysia diperbodohkan , seklai lai duit rakyat dibazirkan untuk kesekian kali tidak serik-serik dengan pembaziran projek. Demi mahu mengejar kemegahan ,dijulang sebagai juara kemerdekaan, inilah jadinya.
Isu Broga membuat saya merasa terpanggil untuk bertindak sesuatu. Kejahilan dan kedegilan kerajaan telah membawa kita kepada kerugian demi kerugian.Dulu, kita membatalkan pembinaan jambatan bengkok di separuh jalan. Dilaporkan kita terpaksa membayar gantirugi kepada pemaju sebanyak RM 100 hingga 120 juta.Kali ini, kita terpaksa membayar gantirugi sekali lagi, sehingga RM 700 juta, kerana loji insinerator di Broga yang dibatalkan.

Saya bersama penduduk Broga menuntut pembatalan ini, seperti apa yang kami suarakan di dalam Dewan Parlimen maupun di lobinya lima tahun yang lalu. Saya ucapkan tahniah kepada penduduk Broga yang komited dengan tuntutan ini dan berjaya.Apa yang kita kesalkan ialah kejahilan dan kedegilan kerajaan. Perlahan seakan pergerakan kura-kura untuk mengambil keputusan membatalkan projek yang tidak munasabah sejak mula lagi ini.Hasilnya, kita rugi sekali lagi. Jumlahnya bukan kecil, untuk anak petani miskin yang terkial-kial akan melanjutkan pelajaran ke IPT. Untuk suri rumah yang terpaksa berjimat dengan kenaikan harga bawang, bilis dan telur. Untuk pembayar tol, 700 juta sudah boleh mengambil alih pemegang konsesi tol bagi mengurangkan bayaran tol...., dan senarainya akan jadi panjang.Idea spontan saya ialah untuk mengunjungi pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi;a. Menteri berkenaan harus memikul tanggungjawabb. Perundingan pampasan ini harus di buat oleh BADAN BEBAS selepas ODIT BEBAS.c. PERDANA MENTERI dan TIMBALAN PERDANA MENTERI MEMOHON MAAF pada rakyat Malaysia.
Saya perlukan teman dari pembaca yang insaf, untuk menampakkan sedikit kemeriahan, mengiringi saya.Tarikh akan kita tentukan kemudian.
Hj Husam, Kg Kota//cetusan-hati.blogspot.com
Antara tindakan kami pada tahun tersebut mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi membincangkan isu tersebut:
YB. HAJI HUSAM BIN MUSAAHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN
7 April 2003
YABHG TUN MOHAMED ZAHIR ISMAIL Yang DiPertua,Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Tun Yang Dipertua, saya Haji Husam bin Musa, Ahli Parlimen Kubang Kerian, dengan ini mengusulkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) supaya majlis mesyuarat ditangguhkan untuk membolehkan Dewan yang mulia ini membahaskan isu Pembinaan Insinerator di Broga, Semenyih Selangor.Perkara ini tertentu, atas kepentingan ramai dan perlu disegerakan. Tun Yang di-Pertua, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu Dewan yang mulia bahawa pembinaan Insinerator di Broga, Semenyih hanya akan dilaksanakan selepas semua laporan penilaian Alam Sekitar selesai dilakukan. Namun mengikut laporan dari halaman Web rasmi Ebara Corporation yang telah berjaya memenangi usaha membina insinerator tersebut. Kerajaan telah pun melantik Ebara sebagai kontraktornya. Pelantikan Ebara dibuat sebelum penilaian EIA dan kajian terperinci kesan buruk teknologi insinerator ke atas penduduk dilakukan. Ia menunjukkan kebulatan tekad Kerajaan untuk meneruskan pembinaan projek ini dan ini amat memerlukan Dewan ini dibenarkan membahaskan isu ini. Selain itu, banyak perkembangan baru yang belum disentuh Dewan sebelum ini.Secara ringkas, pembinaan insinerator ini akan memberikan kesan buruk seperti berikut:a. Lokasi yang dipilih merupakan Hutan Simpan yang menjadi kawasan tadahan air untuk Empangan Semenyih. Ancaman pencemaran akan membahayakan 333 kawasan perumahan termasuk Putrajaya dan ini amat perlu dibincangkan dengan seberapa segera. Kawasan 2,000 ekar tapak insinerator benar-benar akan mengancam alam sekitar.b. Slop lokasi yang curam iaitu melebihi 25 darjah adalah membahayakan alam sekitar dan juga operasi loji. Ia adalah amat curam bagi 2,000 buah lori pengangkut sehari untuk berulang alik. Jarak KL ke lokasi ialah minimum 60 km.c. Teknologi insinerator dengan kapasiti sebesar 1,500 tan sehari adalah tidak pernah diuji dan ini adalah yang pertama di dunia. Ia mungkin menjadi seperti teknologi Jepun yang dibeli oleh Perwaja yang terpaksa diganti semula. Loji ini menelan belanja RM1.5B untuk loji dan beratus juta bagi persiapan tapak.Tun YDP,Isu ini adalah sangat penting, mengenai orang ramai dan amat perlu dibahaskan dengan segera sebelum ianya terlambat. Ianya juga adalah spesifik, atas kepentingan orang ramai, saya sangat berharap Tun YDP membenarkan usul ini dibahaskan. Sekian, terima kasih Haji Husam bin Musa Ahli Parlimen Kubang KerianNOTA: Bagaimanapun usul tersebut ditolak Speaker di dalam kamarnya, lihat petikan di bawah:Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu Usul saya. Saya telah fail Usul tentang pembinaan insinerator di Broga di kawasan tadahan hujan untuk Empangan Semenyih yang akan membekalkan 300 kawasan perumahan termasuk Putrajaya dengan air bersih. Saya hendak tahu Usul saya itu diterima ataupun ditolak? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat, berhubung dengan apa yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi kawasan Kubang Kerian, saya yakin beliau telah dimaklumkan, sebenarnya Usul itu ditolak kerana pihak yang berkenaan masih menunggu kelulusan EIA, kalau EIA itu tidak dapat diperolehi memang kontrak itu akan ditamatkan. Jadi, Yang Berhormat, dengan alasan itu ingin saya menyatakan perkara ini bukan satu perkara yang tertentu, ia diberikan ….. Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, ini jawapan yang ingin saya maklumkan. Yang kedua, insinerator itu adalah perlu didirikan untuk Kuala Lumpur, ini memang adalah untuk kepentingan orang ramai. Dengan alasan itu, Usul yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat telah ditolak.

No comments: