Lazimnya UMNo selalu mendakwa kerajaan itu Umno,UMno itu kerajaan. Ini kes terbalik kot bilamana kerajaan tiada kuasa bagi membentuk universiti mengikut acuannya. Apa guna dipecahkan dan diwujudkan kementerian Pengajian Tinggi daripada serpihan Kementerian pelajaran, malah wujud dua menteri penuh bagi kedua2 kementerian ini.
Justeru kerajaan namoak koman dengan merayu-rayu kepada universiti. Ini bukannya soal ketelusan bercakap tetapi adalah kelemahan dalam daya urus peringkat tertinggi.
Institusi pengajian tinggi awam perlu berubah untuk memberi peluang kepada pelajarnya menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang dengan pihak lain bagi menghasilkan modal insan berkualiti tinggi dalam menghadapi cabaran masa depan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata universiti awam juga pelu memastikan program yang disediakan adalah mengikut kehendak semasa jika Malaysia mahu mencapai sasaran sebagai hab pendidikan di rantau ini.
"Universiti juga tidak boleh berperanan seperti dulu yang hanya duduk dipagari dalam kawasan masing-masing. Kerjasama boleh diadakan dalam bidang penyelidikan, kurikulum dan lain-lain lagi," katanya semasa merasmikan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam 2007 di sini hari ini.Beliau berkata melalui kerjasama ini juga IPTA dapat bersedia bersaing menghasilkan graduan berkualiti setaraf peringkat antarabangsa.
Kerjasama boleh dijalin antaranya dengan mengadakan lebih banyak program berkembar dengan universiti terkemuka di dunia supaya hasilnya kelak dapat memberi manfaat kepada semua pihak, katanya."Sekiranya kita tidak sediakan peluang-peluang ini serta pengenalan kursus-kursus baru seperti bioteknologi, nanoteknologi yang tidak pernah disebut suatu ketika dahulu, ia seolaholah menjadi satu penganiayaan kepada pelajar," katanya.
Abdullah berkata kerjasama yang diadakan dengan universiti yang lebih baik dan moden misalnya, akan memberi manfaat dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, begitu juga bekerjasama yang diadakan dengan dengan pihak swasta dalam pelbagai bidang.Sekiranya langkah-langkah ini dilaksanakan, Malaysia bukan sahaja mampu menghadapi cabaran apabila mencapai taraf negara maju seperti yang disasarkan dalam Wawasan 2020 malah mampu mewujudkan kekuatan dalam menghadapi wawasan sepanjang masa."Wawasan Sepanjang Masa perlu menjadi matlamat. Masa hadapan adalah lebih panjang dari tempoh belajar di universiti. Tiba masanya apabila 100 tahun kemerdekaan negara, pada masa itu kita sudah menjadi bangsa yang terbilang," katanya.
Abdullah juga berpesan kepada hadirin yang terdiri daripada pemimpin pelajar supaya belajar lebih bersungguh-sungguh dan bekerja lebih keras berbanding yang lain dan tidak mengabaikan pelajaran yang menjadi fokus utama mereka kerana mereka akan menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat kelak."Kita mahu mereka (pelajar) bina kekuatan moral, beriman, berintegriti mempunyai kekuatan fizikal dan kalau tidak mereka jadi penyangak dan penipu dan ilmu yang mereka miliki tidak dimanfaatkan (kepada jalan yang betul)," katanya.
Perdana Menteri berkata penghasilan graduan berkualiti tinggi juga dapat mengurangkan pergantungan negara kepada pakar luar dalam bidang tertentu dan Wawasan 2020 menjadi penyuntik semangat untuk Malaysia mencapai kejayaan ke arah itu.Konvensyen anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, Majlis Kepimpinan dan Latihan Universitiuniversiti Malaysia (Maklum) serta Universiti Utara Malaysia (UUM) itu diadakan selama tiga hari dan disertai kirakira 300 pelajar dari 20 IPTA seluruh negara. BERNAMA
No comments:
Post a Comment